top of page

Malaysia bersikap pragmatik terus hubungan dengan AS, China - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read

PM Anwar menerangkan senario terbaharu hubungan Malaysia, China dan AS kepada ketua ketua media
PM Anwar menerangkan senario terbaharu hubungan Malaysia, China dan AS kepada ketua ketua media

Oleh: Helmi Mohd Foad


Malaysia perlu mengambil sikap yang lebih pragmatik dalam meneruskan hubungan kerjasama dengan Amerika Syarikat (AS) dan China ketika berlaku ketegangan geopolitik melibatkan kedua-dua kuasa besar itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Perdana Menteri berkata negara ini mempunyai pendirian yang jelas dengan mengikuti dasar "centrality" dalam ASEAN sebagai keutamaan, namun AS tetap menjadi rakan dagang nombor satu.


"Ia (AS) masih pelabur nombor satu dalam negara dan hubungan itu masih berterusan. Yang terbaru ialah AWS dan sebelum itu NVIDIA.


"Kemudian China — anda tahu, Xi Jinping (Presiden China) pernah datang ke sini, Li Qiang (PM China) juga, dan Perdana Menteri Li Qiang akan datang minggu ini atau hujung minggu ini.


"Selepas itu kami ke Rusia, saya akan ke Itali, Perancis," kata Anwar yang juga Menteri Kewangan dalam taklimat kepada ketua-ketua editor media tempatan dan antarabangsa di Putrajaya semalam.


"Jadi, saya rasa kita harus mengambil pendirian yang lebih pragmatik."


Teks jawapan Anwar tersebut dimuat naik di laman web Pejabat Perdana Menteri.


Perdana Menteri menjelaskan Malaysia melihat dasar pragmatik tersebut adalah kaedah paling sesuai dan munasabah untuk diamalkan sebagai sebuah negara dagang selain ia perlu diketahui umum.


"Tetapi seperti yang saya nyatakan, hubungan kami dengan China adalah baik. Kami tidak mempunyai masalah dengan China dan tiada sebab mengapa kami tidak boleh membuat keputusan secara bebas. Itulah pendirian kami," tekan beliau.


Namun Anwar menyedari bahawa sebagai negara dagang, sekiranya Malaysia tidak meneroka pasaran baharu dan membina daya tahan secara nasional dan juga serantau, ia tidak akan berjaya.


"Jadi, itu adalah keputusan yang paling pragmatik yang patut diambil. Sudah tentu ada masalah seperti yang dijangka. Maksud saya, dalam negara kita sendiri pun ada masalah dengan semua jiran kita," jelas beliau.


Anwar turut memperbetulkan persepsi setengah pihak bahawa Malaysia berat sebelah terhadap China kerana "anda nampaknya tidak melihat ada masalah dengan China.”


"Saya kata, memang ada masalah dengan semua jiran kita. Maksud saya, kita kini ada hubungan yang sangat baik dengan Singapura melalui zon ekonomi, kita juga sedang memasuki siri rundingan dengan Thailand mengenai sempadan.


"Tetapi itu tidak bermakna kita sudah menyelesaikan isu sempadan dengan mereka — ataupun dengan Filipina, Brunei atau Indonesia," jelas beliau lagi.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page