top of page

Malaysia berpotensi sekali lagi sebagai Harimau Ekonomi Asia

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 19, 2023
  • 1 min read


Pasca Konvensyen Kerajaan Perpaduan pada 14 Mei lalu menyaksikan parti parti gabungan kerajaan semakin mantap dan padu dalam kerjasama politik.


Kestabilan yang terbentuk itu, bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, David Cheong, akan membolehkan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim menumpukan strategi untuk mengembalikan era kegemilangan Malaysia sebagai Harimau Ekonomi Asia seperti era 1990an lalu.


Menurut David Cheong, himpunan terbesar politik dalam sejarah tanah air tersebut yang melibatkan 19 parti politik dan 10,000 perwakilan telah membuka lembaran baharu politik negara.


"Saya menyeru kepada semua pihak sama ada kerajaan mahu pun pembangkang, ayuh kita sama berganding bahu di bawah kepimpinan PM Datuk Seri Anwar untuk memacu Malaysia jauh ke hadapan dan kembali menjadikan negara sebagai Harimau Asia yang pernah disandang satu ketika dahulu semasa beliau bergelar Menteri Kewangan.


"Kita bangunkan Malaysia sebagai negara yang diyakini oleh masyarakat dunia dan pelabur luar. Ini tidak mustahil kerana ekonomi Malaysia berada pada landasan yang kukuh dengan mencatatkan pertumbuhan sebanyak 5.6% pada suku pertama tahun ini walaupun berdepan dengan keadaan ekonomi dunia yang mencabar.


"Pertumbuhan tersebut adalah antara yang terbaik di rantau ini berbanding China 4.5%, Indonesia 5.0% dan Vietnam 3.3%," katanya dalam satu kenyataan.


David Cheong yang juga Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kuala Langat berharap pihak pembangkang selepas ini tidak terlalu bermain politik kerana Pilihan Raya Umum ke 16 hanya akan diadakan 4 tahun ke hadapan.


Sepanjang tempoh itu katanya, semua pihak perlu fokus kepada memperjuangkan kebajikan rakyat dan pembangunan negara.


"Usah memperjudikan nasib rakyat dalam pertelingkahan yang berpanjangan, sama-sama kita membina Malaysia Madani yang lebih maju," katanya lagi.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page