top of page

Malaysia berpeluang pimpin ekonomi Asia Tenggara - Rafizi



Forum Ekonomi Malaysia (FEM) 2025 dicetuskan Kementerian Ekonomi untuk menyiapkan negara menjadi pemimpin ekonomi pada dekad ini.


Menurut Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Asia Tenggara, termasuk Malaysia berada pada kedudukan unik untuk memimpin kecemerlangan ekonomi.


Katanya menjelang 2030, 65% daripada penduduk rantau ini akan tergolong dalam kelas pertengahan iaitu lebih besar daripada populasi Amerika Syarikat dan EU digabungkan, menjadikan Asia Tenggara kuasa besar dalam kepenggunaan dan inovasi.


"Profil demografi kita - muda, digital, dan dinamik - menarik pelaburan dalam AI, tenaga boleh diperbaharui, dan infrastruktur digital, peluang yang Malaysia bersedia memanfaatkan sepenuhnya," ujar Rafizi dalam satu kenyataan.


Tegas beliau, sebagai rantau paling aktif berdagang pertumbuhan ekonomi bergantung kepada kerjasama, bukan pengasingan.


Keterbukaan tersebut, bagi beliau, mendorong inovasi dan menjadi kunci untuk keluar daripada perangkap pendapatan pertengahan.


"Dari sudut politik pula, Asia Tenggara menonjol. Ketika dunia semakin terpolarisasi, pragmatisme kita membolehkan dasar berorientasikan pertumbuhan terus berkembang merentasi pentadbiran. Gabungan kestabilan dan kepimpinan progresif memastikan kita kekal fokus pada kemajuan ekonomi.


"Malaysia menghayatii realiti ini. Sebagai negara Kecil, Terbuka, dan Tidak Berpihak [Small, Open and Non-Aligned (SONA)], kita mengamalkan pendekatan globalis menerusi pelancaran Rancangan Malaysia Ke-13 tahun ini, memastikan dasar kita mencerminkan keperluan era transformasi," katanya lagi.


Justeru, Rafizi mengucapkan syabas kepada rakan kongsi kementerian seperti Maybank, CGS International Malaysia, Bursa Malaysia, dan MBSB Bank yang melainkan peranan dalam FEM 2025 baru baru ini, serta para peserta yang telah hadir forum itu.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page