top of page

Malaysia berjaya ketepi tuntutan Sultan Sulu tetapi kes belum selesai



Tuntutan Kesultanan Sulu ke atas aset Petronas di luar negara berjaya diketepikan semalam melalui keputusan mahkamah Luxembourg.


Keputusan itu menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Sim Tze Tzin telah mengenepikan keputusan timbang tara sebelumnya yang membenarkan aset Petronas diberikan kepada “waris Sulu”.


Keputusan mahkamah timbang tara Perancis tahun lalu, kata Sim, telah menimbulkan bantahan Ahli Parlimen Malaysia yang mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat berhubung hal tersebut.


Sehubungan itu, katanya, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (JKPK) untuk Hal Ehwal Antarabangsa telah memanggil sesi pendengaran untuk mendapatkan semua maklumat berkenaan perkara tersebut.


"Keputusan terbaru ini telah mengeluarkan aset Petronas berjumlah AS$2 bilion yang dibekukan sejak Julai tahun lalu.


"Walau bagaimanapun, "Waris Sulu" akan terus mengejar aset lain jika Malaysia tidak "mengetepikan" anugerah akhir mahkamah Perancis kepada pihak yang menuntut.


"Pada masa ini, Malaysia telah memperoleh perintah penangguhan terhadap penguatkuasaan keputusan mahkamah timbang tara Perancis," katanya.


Sesi pendengaran JKPK tahun lalu mengumpul maklumat berkenaan 'Tuntutan Sulu'

Menurut Sim, Malaysia mesti bertindak bersungguh-sungguh untuk mengetepikan anugerah timbang tara yang menyalahi undang-undang dan mempertanggungjawabkan penimbang tara Dr Stampa atas anugerah penipuan serta ketidakjujurannya.


"Saya berharap Menteri Undang-undang Datuk Seri Azalina Othman Said akan meneruskan kerja baik bekas menteri undang-undang dan terus berwaspada.


"Saya adalah sebahagian daripada JKPK untuk menyiasat perkara itu. Kami memanggil beberapa pihak untuk memberi penjelasan kepada jawatankuasa itu.


"Jawatankuasa itu menamatkan semua pendengaran pada September 2022. Bagaimanapun, Parlimen telah dibubarkan sebelum JKPK mengeluarkan laporan penuh.


"Daripada perbicaraan itu, saya yakin Kerajaan Malaysia mempunyai kes yang kukuh untuk menang dan untuk melindungi imuniti kedaulatannya," katanya lagi.


Sim turut berharap JKPK yang baharu untuk Hal Ehwal Antarabangsa akan melengkapkan laporan Sulu dan memberitahu rakyat selengkapnya apa yang berlaku.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page