top of page

Malaysia beri bantuan lebih RM10 juta mangsa gempa Turkiye, Syiria



Kerajaan Malaysia akan membantu sedaya mungkin mangsa mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syiria.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan hari ini kerajaan Malaysia akan menyalurkan sumbangan berjumlah AS$1 juta kepada Turkiye dan Sultan Johor akan menyumbang AS$1 juta.


"Jemaah Menteri bersetuju menyediakan AS$1 juta manakala Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar turut berkenan menyumbang AS$1 juta.


"Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan pula akan menyumbang RM10 juta," katanya.


Selain itu, katanya, Malaysia akan menghantar Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) kedua ke Turkiye pada malam ini untuk menyertai misi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa gempa bumi.


"Pasukan kedua di bawah seliaan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) itu akan dianggotai 70 anggota daripada SMART serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.


"Kementerian Pertahanan turut akan siapkan pasukan doktor dan paramedik ATM bagi menyediakan ‘field hospital’ di Turkiye," katanya.


Selain itu, Anwar juga mengumumkan Kementerian Kesihatan Malaysia akan membentangkan kertas putih mengenai perolehan vaksin dan kos berkaitan yang ditandatangani Menteri tanpa persetujuan Peguam Negara.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page