top of page

Malaysia berdepan isu kemampanan yang serius - Nik Nazmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 16, 2023
  • 1 min read


Malaysia menghadapi cabaran yang berat kepada keseimbangan ekosistem Malaysia, kata Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad.


Bercakap pada Persidangan Hijau Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) 2023 di Kuala Lumpur pada Khamis, Nik Nazmi menjelaskan Malaysia berdepan isu kemampanan yang lebih serius seperti penebangan hutan dan kehilangan biodiversiti mencapai tahap membimbangkan


Beliau memberi contoh bagaimana Malaysia mengalami gelombang haba sejak beberapa bulan lepas yang menimbulkan kebimbangan tentang kecukupan bekalan elektrik dan air.


"Menangani perubahan iklim bukanlah tanggungjawab yang terhad kepada generasi masa kini sahaja, tetapi juga generasi masa depan," katanya.


Sehubungan itu jelasnya, usaha mengatasi perubahan iklim bukan hanya memerlukan individu, tetapi juga kerajaan dan sektor korporat di Malaysia.


Kumpulan itu jelasnya perlu mengubah pendekatan mereka terhadap kepampanan, kaedah melakukan pekerjaan, perniagaan dan kehidupan.


Di pihak kerajaan pula jelasnya terdapat beberapa cara menangani perubahan iklim termasuk mewujudkan dasar perdagangan tenaga boleh baharu merentas sempadan yang akan dilaksanakan menerusi sistem pertukaran elektrik dan Perjanjian Paris untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page