top of page

Malaysia Bela Rakyat Palestin, Hantar 50 tan Bantuan Kemanusiaan



Oleh: Noraini Nordin


ANALISIS: Bukan hanya sekadar bersuara lantang dan berdemo, Malaysia membuktikan usaha terus dijalankan tanpa henti bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan derita perang.


Antara tindakan yang dilakukan untuk mengurangkan derita rakyat Palestin, Malaysia menyumbang bantuan kemanusiaan sebanyak 50 tan yang akan dihantar selewat-lewatnya Jumaat ini.


Nilai keseluruhan bantuan dianggarkan RM17 juta.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, antara barangan bantuan yang dihantar melalui Mesir untuk ke Palestin itu ialah ubat-ubatan, barangan keperluan bayi, selimut dan makanan.


Katanya, bantuan kemanusiaan itu diselaraskan oleh beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dan Global Peace Misson (GPM) Malaysia, yang kini sedang menunggu kebenaran kerajaan Mesir untuk menghantar sumbangan tersebut melalui pintu sempadan Rafah di Mesir.


Antara barangan yang dihantar ialah:-


  1. Sumbangan YaPEIM berupa 5 unit generator dan 56 set lampin pakai buang dengan keseluruhan nilai barangan berjumlah RM 10,000.00.

  2. Sumbangan JAWI berupa 70 set toto, 50 set lampin pakai buang (orang dewasa) dan 60 set lampin pakai buang (kanak-kanak) dengan keseluruhan nilai barangan berjumlah RM 7,250.00.

  3. JAKIM/ MAIWP/ Yayasan Taqwa memberikan sumbangan berupa 364 set toto dengan keseluruhan nilai barangan berjumlah RM16,380.00.


Dalam pada masa sama, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) melalui agensi Tabung Haji telah memberikan sumbangan tunai berjumlah RM 100,000 kepada pihak Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM).


Sumbangan tersebut adalah untuk kegunaan keperluan peralatan kesihatan dan perubatan untuk rakyat di Gaza Palestin.


Dr Mohd Naim juga menyeru umat Islam untuk terus membantu, bermunajat serta mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat Palestin yang sedang berjuang di Gaza.


Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan rakyat negara ini agar tidak mengambil kesempatan untuk kepentingan lain atas konflik pertempuran di Gaza untuk menjalankan kutipan sumbangan.


Ayuh rakyat Malaysia jangan biarkan saudara-saudara kita di Palestin dibiarkan derita.


Jangan berhenti berdoa untuk mereka.


_________________________________________________________________________________

Penulis merupakan Pengarah Komunikasi Wanita KEADILAN Pusat merangkap Pemangku Ketua Penerangan Wanita KEADILAN Pusat.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page