top of page

Malaysia bela Palestin atas dasar tanggungjawab - Syed Ibrahim



Pembelaan ke atas Palestin yang dilakukan Malaysia bukan atas dasar untuk menjadi jaguh Asia tetapi kerana tanggungjawab ke atas umat Islam Palestin yang tertindas.


Menurut Pengerusi Kaukus Palestin Parlimen Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh, hal itu dinyatakan dalam ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrajim semasa pertemuan beliau dengan diaspora rakyat Malaysia di Riyadh, Arab Saudi sebaik selesai sidang kemuncak ASEAN-GCC, Jumaat lalu.


“Dalam ucapan saya pada sidang kemuncak itu, saya mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Mohammed bin Salman kerana Arab Saudi bersama dengan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dalam mengambil inisiatif dengan negara-negara Islam untuk menyatakan pendirian berhubung konflik ini.


“…ada pendirian jelas…ya, memang masalah Gaza Palestin tidak selesai tetapi ini soal kemanusiaan. Ia soal prinsip keadilan.


“Ini bukan soal sentimen kaum, agama atau Arab. Ini isu Palestin…isu rampasan hak rakyat, tanah mereka, harta mereka malah maruah mereka telah dirampas,” kata Anwar di petik Syed Ibrahim.


Bagi Ahli Parlimen Ledang itu, agak menarik apabila Sidang Kemuncak ASEAN-GCC berjaya mengeluarkan kenyataan khas berasingan mengenai perkembangan di Gaza.


"Ini kerana dalam ASEAN juga diketahui terdapat kecenderungan untuk sama ada berkecuali atau menolak serangan oleh Hamas.


"Kenyataan lima perkara (selepas sidang) berkenaan amat memandang berat apa yang berlaku, mengutuk serangan ke atas orang awam, mendesak genjatan senjata, menggesa perlindungan rakyat Palestin, menyegerakan bantuan kemanusiaan dan keperluan asas, menggesa pembebasan segera tebusan dan tahanan awam serta memanggil semua pihak ke arah resolusi keamanan," jelasnya.


Biar pun kenyataan itu bukanlah formula menyelesaikan krisis di Gaza, kata Syed Ibrahim yang mengikuti delegasi Malaysia ke Riyadh, namun ia tetap satu anjakan penting pendirian ASEAN-GCC selepas sebelum ini didahului dengan mesyuarat khas OIC.


Oleh itu, katanya, inisiatif lain wajar diterokai dan dilakukan. Selain tekanan melalui dialog dan diplomasi serta tindakan bantahan rakyat di seluruh dunia, pertemuan langsung antara pemimpin negara amat penting dalam mencerakin

tindakan lanjut.


Termasuk, katanya, pertemuan dua hala yang berlangsung antara PM dengan Putera Mahkota Mohammed bin Salman semalam yang membincangkan perkembangan di Gaza.


"Saya telah berpesan melalui kenyataan dan perbahasan di Parlimen baru-baru ini untuk Malaysia menyarankan supaya Arab Saudi menimbang semula hasrat menormalisasi hubungan dengan Israel.


"Amat jelas melalui tindakan kekejaman rejim Israel ini tiada manfaatnya hubungan normalisasi dengan mana-mana negara Islam seperti UAE, Bahrain dan Maghribi (bersama Israel)," katanya lagi.


PM selepas ini dijadual akan berangkat ke Istanbul untuk bertemu Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan sebelum ke Kaherah untuk berjumpa Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi untuk berbincang lanjut isu Palestin dan serangan ke atas Gaza.


Untuk rekod, pengeboman berterusan Israel ke atas Gaza setakat ini telah membunuh lebih 4,000 orang awam Palestin dan tentera darat Israel dilaporkan bersiap sedia untuk melakukan serangan menceroboh wilayah Gaza pada bila bila masa.


 
 

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page