top of page

Malaysia–Bangladesh meterai lapan 8 perjanjian kukuh hubungan strategik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

PM Anwar mengadakan sidang media bersama Ketua Penasihat Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus
PM Anwar mengadakan sidang media bersama Ketua Penasihat Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus

Malaysia dan Bangladesh hari ini menandatangani lapan dokumen kerjasama meliputi pelbagai bidang penting bagi memperkukuh hubungan strategik dua hala.


Perjanjian itu terdiri daripada lima memorandum persefahaman (MoU) dan tiga pertukaran nota merangkumi sektor pertahanan, tenaga, pendidikan tinggi, latihan diplomasi, ekosistem halal, penyelidikan strategik serta kerjasama sektor swasta.


Majlis pemeteraian itu disaksikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Penasihat Bangladesh, Prof. Dr. Muhammad Yunus sempena lawatan rasmi tiga hari pemimpin Bangladesh itu ke Malaysia.


Dokumen penting yang dimeterai termasuk MoU pertahanan, kerjasama bekalan dan infrastruktur tenaga LNG, pembangunan ekosistem halal, penyelidikan strategik, serta kerjasama perdagangan antara dewan perniagaan kedua-dua negara.


Dalam pertemuan itu, kedua-dua pemimpin turut membincangkan isu kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia termasuk proses kelulusan visa yang kini melalui sistem baharu bagi mengelakkan penipuan dan mempercepatkan kelulusan.


Anwar dalam ucapannya berkata, pemeteraian itu bukan sahaja membuka peluang perdagangan dan pelaburan baharu, malah mengukuhkan lagi persahabatan yang telah lama terjalin.


Beliau turut menzahirkan penghargaan kepada Bangladesh kerana menjadi rakan dagang yang konsisten selain menegaskan Malaysia akan terus menyokong usaha mencari penyelesaian aman terhadap krisis pelarian Rohingya.


“Usaha ini akan memperkukuh kerjasama strategik dan merangsang pertumbuhan ekonomi, di samping membuka peluang kerjasama baharu,” katanya dipetik.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page