top of page

Malaysia bakal terlibat langsung misi Global Sumud Flotilla 2.0

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Jan 15
1 min read

PM Anwar terima kunjungan Datuk Sani Araby, Nadir Al-Nuri bincang misi Global Sumud Flotilla 2.0
PM Anwar terima kunjungan Datuk Sani Araby, Nadir Al-Nuri bincang misi Global Sumud Flotilla 2.0

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan akan terbabit secara langsung dalam misi Global Sumud Flotilla 2.0, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Menurut beliau, misi kedua yang akan melibatkan penyertaan lebih 80 negara itu sebagai kesinambungan perjuangan moral antarabangsa yang menuntut keberanian untuk menegakkan keadilan dan hak kemanusiaan tanpa mengira batas sempadan, bangsa atau agama.


"Saya dimaklumkan mengenai situasi kemanusiaan di Gaza yang semakin meruncing, sekatan bantuan yang berpanjangan, ketidaktentuan konflik, serta penderitaan rakyat Palestin yang terus dihimpit kekejaman.


"Insya-Allah, kita akan menggerakkan segala kudrat untuk membantu dan memperjuangkan hak rakyat Palestin. Keadilan ini tidak boleh lagi ditangguhkan demi sebuah Palestin yang bermaruah dan merdeka," katanya dalam hantaran di media sosial.


Terdahulu Perdana Menteri menerima kunjungan Ketua Pengarah Sumud Nusantara Command Center (SNCC), Datuk Sani Araby yang juga Ketua Aktivis Kemanusiaan MAPIM, bersama Nadir Al-Nuri, Pengasas Sumud Nusantara di Perdana Putra.


Beliau turut dimaklumkan keberhasilan Misi Sumud Nusantara yang berjaya memecahkan kebisuan dunia dan mengangkat suara Gaza ke pentas antarabangsa.


"Kami turut bicarakan gerak kerja misi kemanusiaan seterusnya, termasuk peranan penting Kerajaan Malaysia dalam Global Sumud Flotilla 2.0," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page