top of page

Malaysia bakal terima pelaburan Suzuki Motor Corp



Syarikat Suzuki Motor Corp dari Jepun berhasrat mahu meningkatkan pelaburan dalam bidang pembuatan motosikal di negara ini, maklum Perdana Menteri.


Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam catatan menerusi laman Facebooknya memaklumkan, Syarikat itu berminat untuk menjalin kerjasama dengan rakan teknikal tempatan iaitu KMSB Motors Sdn Bhd.


Perkara itu jelasnya dimaklumkan oleh Presiden Suzuki Motor Corporation, Toshihiro Suzuki ketika membuat kunjungan hormat di pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Putrajaya pada Jumaat.


"Sayugia, keputusan pelaburan ini amat saya alukan hatta ia akan memberi manfaat kepada pelbagai pihak dalam rantaian industri pembuatan motosikal.


"Saya singgung bahawa Kerajaan Perpaduan mengamalkan dasar memudahkan urusan pelabur dalam dan luar negara.


"Dengan kerjasama ini, saya berharap Malaysia akan terus menjadi pilihan pelabur-pelabur dari negara Jepun," jelas Anwar .


Pertemuan itu turut disertai Ketua Setiausaha Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Isham Ishak; Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Datuk Wira Arham Abdul Rahman, dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan, KMSB Motors Sdn Bhd, Ahmad Faez Yahaya.


Sejak Anwar dilantik sebagai Perdana Menteri, pentadbiran beliau dilihat berjaya menarik minat pelabur asing.


Julai lalu, syarikat automotif China, Geely menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan tambahan sebanyak AS$10 bilion (RM45.3 bilion) di Malaysia sebagai komitmen Geely untuk terus membangunkan Tanjung Malim, Perak sebagai kota automobil terbesar di rantau ini.


Selain itu, syarikat minyak dan gas terbesar di dunia, Saudi Aramco (Aramco) turut berminat menjadikan Malaysia sebagai hub perkembangan minyak dan gas Arab Saudi di Asia Tenggara.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page