top of page

Malaysia bakal jadi hub utama aset digital, industri blockchain

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 23
  • 1 min read

PM DS Anwar berbincang dengan Binance, CZ di Pejabat Perdana Menteri, semalam
PM DS Anwar berbincang dengan Binance, CZ di Pejabat Perdana Menteri, semalam

Malaysia akan menjadi salah satu negara terpenting di Asia sebagai hab utama dalam aset digital dan industri blockchain.


Hal itu diutarakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam muat naik terbaharu di Facebooknya usai pertemuan dengan Pengasas Binance untuk membincangkan potensi Malaysia sebagai hab kedua dua industri berkenaan semalam di Sri Perdana, Putrajaya.


"Saya telah mengadakan pertemuan dengan Pengasas Binance, CZ untuk membincangkan potensi Malaysia sebagai hab utama dalam aset digital dan industri blockchain yang semakin berkembang.


"Saya mengalu-alukan perbincangan berterusan bersama agensi seperti Suruhanjaya Sekuriti, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Digital untuk meneroka kaedah memudahcara dan mempromosikan inovasi yang bertanggungjawab," katanya.


Menurut PM, industri berasaskan blockchain amat penting sebagai enjin pertumbuhan ekonomi masa hadapan bagi negara ini.


"Pada masa yang sama, jelas bahawa kepimpinan kerajaan adalah penting dalam memacu penggunaan blockchain seperti melalui pendigitalan dan meneroka tokenisasi instrumen kewangan dan kes penggunaan lain.


"Dengan langkah yang betul, Malaysia boleh meletakkan dirinya di barisan hadapan dalam transformasi digital global ini," katanya lagi.


Malaysia sedang bergerak sebagai pemain utama industri berasaskan digital di Asia Tenggara selepas menjadi antara pengeluar semikonduktor terbesar dunia dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page