top of page

Malaysia - Australia meterai empat MoU

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 5, 2024
  • 1 min read


Malaysia dan Australia pada Isnin memeterai empat Memorandum Persefahaman (MoU) bersempena lawatan rasmi sulung Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu.


Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Luar Australia Penny Wong masing-masing bertukar-tukar dokumen selepas selesai Mesyuarat Pemimpin Tahunan (ALM) Malaysia-Australia di Rumah Kerajaan, Victoria dengan disaksikan Anwar dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese.


Dua daripada MoU itu ialah Pengaturan Praktikal di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Australia untuk Kerjasama dalam Bidang Sains dan Teknologi dan Aplikasi untuk Pelaksanaan Perjanjian Pengharaman Ujian Nuklear Komprehensif (CTBT) serta Keselamatan Siber dan Teknologi Kritikal.


Perjanjian Komprehensif Pengharaman Ujian Nuklear itu akan membolehkan perkongsian data, pembinaan kapasiti dan pengawalan senjata nuklear Malaysia dan Australia.


Dua lagi MoU yang boleh diperbaharui ialah kerjasama dalam bidang sukan dan kolaborasi dalam sektor pendidikan tinggi yang akan menyediakan peluang besar kepada atlet muda Australia dan Malaysia generasi akan datang untuk berlatih dan membina keupayaan bersama-sama


"Keempat-empat MoU sememangnya satu pencapaian penting dalam merencanakan satu masa hadapan yang progresif dan mereka (MoU) membuktikan hasil dan kejayaan yang bermakna daripada mesyuarat kami," kata Anwar dalam sidang media bersama Albanese selepas pemeterai perjanjian itu.

Sementara itu Albanese dalam sidang media sama berkata, mesyuarat diadakan telah membincangkan komitmen bersama untuk menguruskan dengan lebih baik ancaman siber.


Melangkah ke hadapan Australia dan Malaysia akan berupaya melakukan libat urus dalam perkongsian maklumat dan pembangunan kemahiran siber dengan lebih menyeluruh selain mengadakan kerjasama erat dalam isu sempadan dan imigresen.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page