top of page

Malaysia-Australia bincang perkasa ekonomi digital, industri kreatif

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 31, 2023
  • 1 min read


Malaysia dan Australia pada Rabu mengadakan perbincangan mengenai ruang bagi mengeratkan lagi hubungan baik dua hala terutama menerusi kerjasama ekonomi digital dan industri kreatif.


Perkara itu dimaklumkan Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil menerusi satu hantaran di laman Facebooknya malam tadi susulan kunjungan hormat daripada Gabenor Australia Selatan Frances Adamson di pejabatnya.


"Saya juga berkesempatan menerangkan mengenai persiapan kerajaan dalam menyambut Hari Kebangsaan 2023 yang akan berlangsung esok," katanya melalui hantaran itu.


Menurut Fahmi, delegasi Adamson diiringi oleh Simon Fellows, Kuasa Usaha Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Australia di Malaysia dan para pegawai kanan Kerajaan Australia.


Fahmi pada Mac lalu menyatakan, kerajaan melalui KKD dan Digital serta Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) komited untuk terus meningkatkan pelaburan asing melalui insentif penerbitan filem dan perjanjian produksi antarabangsa.


Pemerkasaan itu jelasnya dibuat bagi memastikan sektor kreatif negara berkembang sebagai jentera ekonomi yang berkesan sama seperti Korea Selatan, China, Jepun dan Amerika Syarikat.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page