top of page

Malaysia–Arab Saudi perkukuh kerjasama haji, umrah – Dr Zulkifli

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Dr Zulkifli yang fasih berbahasa Arab dan delegasi Malaysia bertemu Syeikh Dr Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah
Dr Zulkifli yang fasih berbahasa Arab dan delegasi Malaysia bertemu Syeikh Dr Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, mengadakan pertemuan khas dengan Syeikh Dr Tawfiq bin Fawzan Al-Rabiah bagi membincangkan kerjasama strategik antara Malaysia dan Arab Saudi dalam urusan haji, umrah serta hal ehwal berkaitan.


Pertemuan tersebut berlangsung di King Salman International Convention Centre sempena Forum Umrah dan Ziarah 2026.


Menurut beliau, pertemuan berkenaan membuka ruang penting ke arah memperkukuh hubungan dua hala serta meningkatkan mutu perkhidmatan kepada jemaah Malaysia.


"Pertemuan ini membuka ruang yang baik ke arah memperkukuh hubungan serta meningkatkan kualiti perkhidmatan buat para jemaah," katanya dalam satu kenyataan media.


Delegasi Malaysia turut diiringi Duta Besar Malaysia ke Arab Saudi, TYT Datuk Syed Mohamad Bakri Syed Abdul Rahman; Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Tengku Mohd Dzaraif Raja Abdul Kadir; serta Konsul Haji, Tuan Haji Radin Adi Hilmi Radin Shamsuddin.


Dr Zulkifli berharap segala usaha yang dilaksanakan akan memberi manfaat besar kepada umat Islam khususnya rakyat Malaysia yang menunaikan ibadah di tanah suci.


"Moga setiap usaha ini diberkati dan memberi manfaat besar kepada ummah, khususnya rakyat Malaysia," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page