top of page

Malaysia alu alukan pelaburan teknologi Kesatuan Eropah - PM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 12, 2025
  • 1 min read

PM Anwar menerima kunjungan Kaja Kallas (kiri) membincangkan pelbagai isu antarabangsa
PM Anwar menerima kunjungan Kaja Kallas (kiri) membincangkan pelbagai isu antarabangsa

Pelaburan dalam sektor teknologi dari negara negara Kesatuan Eropah (EU) amat dialu alukan oleh Malaysia.


Hal itu dinyatakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menerima kunjungan Wakil Tinggi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan Kesatuan Eropah yang juga Naib Presiden Suruhanjaya Eropah, Kaja Kallas semalam di pejabat rasmi PM di Seri Perdana, Putrajaya.


"EU merupakan rakan dagang keempat terbesar Malaysia, dengan nilai dagangan mencecah AS$47.93 bilion pada tahun 2024.


"Saya mengalu-alukan pelaburan EU dalam teknologi baharu, tenaga, aspek digital dan pendigitalan serta iklim, selain mendukung rundingan segera bagi Perjanjian Perdagangan Bebas MY-EU dan Perjanjian Rangka Kerja dengan Bank Pelaburan Eropah," katanya dalam muat naik di Facebook.


Selain isu teknologi dan perdagangan dua hala, pertemuan itu turut menyentuh mengenai konflik politik di beberapa belahan negara dunia termasuk Palestin dan Ukraine.


"Kami turut menyentuh soal serantau termasuk isu melibatkan Ukraine, Palestin, dan pelaksanaan Konsensus Lima Perkara (5PC) di Myanmar.


"Malaysia kekal mendukung peranan ASEAN dan mengalu-alukan sokongan secara menyeluruh," katanya lagi.


Untuk rekod, perdagangan dua hala antara Malaysia dan EU mencapai anggaran AS$48 bilion pada tahun 2021, dengan Malaysia menikmati lebihan dagangan sekitar AS$20 bilion.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page