top of page

Malaysia akan ulang gesaan supaya Israel digantung dari PBB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 29
  • 1 min read

ree

Malaysia sekali lagi menegaskan gesaan keanggotaan Israel dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) digantung serta sekatan menyeluruh dikenakan terhadap rejim tersebut.


Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, beliau akan mengulangi desakan itu pada Perhimpunan Agung PBB (UNGA) akan datang, selepas perkara sama dibangkitkan Malaysia tahun lalu.


"Sudah tiba masanya Israel digantung daripada PBB, dibuang daripada menjadi masyarakat antarabangsa.


"Semua negara perlu mengenakan sekatan, khususnya sekatan senjata yang digunakan membunuh rakyat Palestin," katanya dipetik.


Terdahulu, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengadakan mesyuarat tergempar di Jeddah bagi menyelaras pendirian negara anggota terhadap operasi ketenteraan berterusan Israel di Gaza.


Pertubuhan itu, yang mewakili 57 negara majoriti Islam, secara tradisinya meletakkan dirinya sebagai pembela hak Palestin dan Masjid al-Aqsa di Baitulmuqaddis.


Sementara itu Mohamad Hasan menegaskan, tindakan Israel di Gaza adalah bentuk penjajahan moden yang jelas bertentangan dengan dokumen antarabangsa.


Dokumen hasil antarabangsa yang dirumuskan sebelum ini jelas menyatakan Israel perlu dicegah daripada meneruskan hasrat menakluki dan menghapuskan Gaza.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page