top of page

Malaysia akan main peranan signifikan dalam ASEAN

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 10, 2023
  • 1 min read


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan tekad Malaysia untuk terus memainkan peranan signifikan dalam keanggotaan ASEAN khusus melibatkan usaha pembangunan, ekonomi, sosiobudaya, keselamatan dan politik.


Melalui ciapan di Twitternya sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Malaysia juga akan sentiasa berusaha memperkukuh hubungan bersama negara tetangga di ASEAN dengan berteraskan semangat Madani dan gagasan ASEAN.


"Malaysia bertekad utuh untuk terus memainkan peranan signifikan dalam keanggotaan ASEAN khusus melibatkan usaha-usaha pembangunan, ekonomi, sosiobudaya, keselamatan dan politik," katanya.


Perdana Menteri dan Deligasi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Komodo pada pukul 3.45 petang semalam bagi menghadiri persidangan itu dan disambut oleh Menteri Pengangkutan Indonesia Budi Karya Sumadi.


Sepanjang tempoh tiga hari lawatan itu, Anwar yang juga Menteri Kewangan mempunyai jadual padat termasuk mengadakan mesyuarat dua hala dengan Presiden Indonesia Joko Widodo, Perdana Menteri Laos Sonexay Siphandone, Perdana Menteri Vietnam Pham Minh Chinh dan Perdana Menteri Timor Leste Taur Matan Ruak.

Kehadiran beliau menjadi perhatian memandangkan peranan beliau dan Malaysia sebagai satu daripada anggota awal yang menubuhkan ASEAN


Tokoh Reformasi itu turut diberi penghormatan untuk mempengerusikan Sidang Kemuncak Kawasan Pertumbuhan ASEAN Timur-Brunei-Indonesia-Malaysia-Filipina (BIMP-EAGA) dan Sidang Kemuncak Segitiga Pertumbuhan Indonesia-Malaysia-Thailand (IMT-GT).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page