top of page

Malaysia Airlines perlu belajar dari kesilapan lepas, elak ketirisan - PM



Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu agensi yang terlibat dalam pengurusan Malaysia Airlines Bhd (MAB) dapat memberikan tumpuan kepada syarikat penerbangan negara itu bagi memastikan tidak wujud lagi masalah ketirisan sebagaimana pernah terjadi sebelum ini.


Perdana Menteri (PM) berkata pihak Kementerian Pengangkutan (MOT), Khazanah Nasional Bhd dan Malaysia Aviation Group (MAG) perlu memperkukuhkan proses tatakelola dalam syarikat penerbangan itu.


"Saya harap kerjasama MAG, Khazanah dan MOT diteruskan kerana kesediaan kita kerja sebagai pasukan dengan prinsip ketelusan mengelak pembaziran. Kita boleh selamatkan negara dan beri habuan dan pulangan upah kepada staf.


"Jangan kita remehkan soal ini kerana (pekerja) ada keluarga dan berhak diberi perhatian dan pertimbangan. Oleh kerana keputusan kita cermat, berhemah, urus dengan baik dan telus akan menjamin masa depan lebih baik kepada mereka," katanya pada majlis pelancaran kampus dan majlis pecah tanah Pusat Simulasi Penerbangan MAB Academy di Sepang, Selangor hari ini.


Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan Pengerusi MAG Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.


Mengimbas sejarah Malaysia Airlines (MAS) pada tahun 90-an, Anwar berkata pihak pengurusan perlu belajar daripada kesilapan lepas agar beri komitmen dari segi tatakelola, integriti dan nilai.


Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata sehingga kini masih ada pihak tertentu termasuk pembangkang mempertikai peranan dan pendirian kerajaan yang menekankan aspek tatakelola, ketelusan dan usaha perangi rasuah.


Beliau berkata keutamaan terhadap gedung yang indah, pejabat yang luar biasa hebat, pameran dan lukisan terkenal di dunia dalam keadaan syarikat itu hampir muflis adalah tidak masuk akal sekiranya pengurusan tidak dipantau dan tiada komitmen dari segi tatakelola dan integriti.


Kata Anwar pentadbiran MADANI wajib memperbetulkan amalan tatakelola agar memberi MAG membetulkan kesilapan dahulu dan menaikkan keupayaan serta imej syarikat.


Sementara itu, Anwar berkata kampus dan Pusat Simulasi Penerbangan MAB bukan sahaja memberi latihan canggih dan memenuhi pelbagai keperluan tetapi mampu menjadi pusat melatih syarikat penerbangan luar negara sekali gus memberikan kepercayaan kepada keupayaan negara.


"Saya harap latihan itu diberikan penekanan, selain daripada latihan teknikal simulasi tentunya ada kepakaran. Sekarang kerana teknologi digital, soal inovasi moden itu menuntut kita sentiasa mengikuti perkembangan.


"Jadi saya harap MAG dan Akademi (MAB) terus memantau dan tidak terikat dengan kerangka lama. Jadi harus ada tenaga baharu yang punyai kelebihan lebih dari sudut transformasi digital dan inovasi yang boleh melonjakkan keupayaan," katanya dipetik The Sun.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page