top of page

Maknai puasa dengan sikap ihsan, beradab - PM Anwar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 1
  • 1 min read


Umat Islam di negeri ini diseru untuk mengamalkan sikap ihsan dan beradab bagi memaknai ibadah pada bulan Ramadan.


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Ramadan adalah 'madrasah' terbaik bagi mendidik diri dari segi integriti, disiplin serta dimensi sosial.


"Ramadan menyedarkan kita tentang empati, keprihatinan terhadap golongan yang kurang bernasib baik.


"Masalah kita apa? Ritual (ibadah) semua pandai... tetapi penghayatannya kurang," katanya dipetik.


Terdahulu beliau hadir menunaikan solat Jumaat di masjid Sekolah Sultan Alam Shah di Presint 1, Putrajaya dan meluangkan masa menyantuni pelajar sekolah terbabit.


Dalam pada itu, Perdana Menteri turut menekankan kepentingan menerapkan nilai adab dalam falsafah pendidikan anak-anak muda di Malaysia.


"Jika adab tidak ada, (kita mungkin) cemerlang dengan segala kekayaan dan kemewahan tetapi ada peluang sakau... ada peluang kecam, ada peluang tindas.


"Ini maknanya pendidikan yang tidak mempunyai nilai etika dan moral," tambah beliau.


Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa pada Ahad, 2 Mac ini.


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan menurut perintah Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page