top of page

Mak Jah terima sumbangan dari Perdana Menteri



Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menunjukkan keprihatinan terhadap golongan artis veteran di negara ini.


Terbaharu, beliau menghulurkan sumbangan kepada dramatis Maimunah Ahmad atau Mak Jah yang kini berdepan masalah kesihatan.


Menerusi satu catatan dalam laman sosialnya Anwar memaklumkan, sumbangan telah disampaikan melalui Setiausaha Politik Perdana Menteri, Ahmad Farhan Fauzi (gambar, dua dari kanan).


"Setiausaha Politik saya, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi pelakon veteran, Maimunah Ahmad atau Mak Jah di Cheras, Kuala Lumpur.


"Mak Jah kini menghidap penyakit kencing manis dan masalah urat saraf menyukarkan beliau untuk terus berkarya dalam dunia pemfileman.


"Farhan turut menyampaikan sumbangan daripada pihak saya kepada bagi membantu urusan perubatan Mak Jah," tulis Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu.


Mak Jah mula berlakon secara serius melalui drama Sri Panggung terbitan Serangkai Filem pada 1987.


Pada 2016, Mak Jah pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas menghidap kanser rahim tahap pertama sebelum disahkan bebas daripada penyakit itu pada April 2019.


Dalam proses rawatan kanser, beliau dilaporkan tidak aktif dalam dunia lakonan selama empat tahun


Sementara itu melalui hantaran sama, Anwar turut mendoakan dramatis yang terkenal dengan watak antagonis itu supaya terus dikurniakan kesihatan yang baik.


"Saya mendoakan Mak Jah dikurniakan afiyah dan diberikan kekuatan oleh Allah SWT," tulisnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page