Maju Bersama HARAPAN tawar pelan pemulihan komprehensif ekonomi rakyat



Rakyat Melaka yang terjejas teruk pasca pandemik Covid 19 ditawarkan pelan pemulihan ekonomi komprehensif dalam manifesto Pilihan Raya Negeri Pakatan Harapan.


Menurut Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN, Datuk Halim Bachik, salah satu teras dalam pelan Maju Bersama HARAPAN adalah Melaka Makmur yang dirangka untuk memajukan kembali ekonomi rakyat dan negeri andainya PH menang pada 20 November ini.


"Inisiatif pekerjaan akan lebih menarik dengan skim peluang perkerjaan rakyat (SPPR). Skim adalah untuk membuka peluang pekerjaan baru di Pihak Berkuasa Tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC)


"Program carian kerja Melaka atau karier_melaka juga akan dibentuk bagi membantu pencari kerja. Dalam program ini sebuah hub akan dibangunkan di setiap Japerun (Pejabat Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan DUN) yang mana akan berperanan sebagai job matching di setiap tempat


"Negeri Melaka terkenal dengan sektor pelancongan. Oleh kerana ekonomi majoritinya datang dari pelancongan maka inisiatif perniagaan akan diwujudkan," kata Halim dalam sidang media sebentar tadi.


Tambah beliau, kerajaan PH akan memberikan bantuan khusus kepada sektor pelancongan bagi merancakkan kembali perkembangannya yang lesu akibat pelbagai sekatan sepanjang pandemik Covid 19.


"Dana pemulihan sektor pelancongan akan dilaksanakan sebagai satu peruntukan khas bagi memulihkan sektor ini


"Untuk menggiatkan sektor perniagaan pula, Melaka Berniaga akan dilaksanakan dengan memberi diskaun bayaran lesen perniagaan bagi tahun 2022.


"Selain itu, Skim Makro Kredit Harapan akan diperkenalkan untuk membantu memberikan pinjaman mudah lulus dalam had RM5,000 kepada usahawan kecil memerlukan," kata beliau.


Begitu juga usaha menarik pelaburan asing, kata Halim, akan ditingkatkan bagi merancakkan pertumbuhan dan menambah peluang pekerjaan


Antara strateginya ialah dengan mempromosikan Melaka sebagai pusat aktiviti mesyuarat, persidangan dan pameran perniagaan.


"Selain itu, usaha merancakkan pelbagai aktivti di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka dan penganjuran Malaysia Festival, satu acara bertaraf antarabangsa akan dibuat sebagai satu tarikan baru untuk pelancongan domestik dan antarabangsa


"PH juga akan meneruskan projek insfrastruktur Melaka termasuk empangan Jernih, Tasik Biru dan Muara Sungai Duyong. Di samping penerokaan teknologi hijau, ekonomi digital dan gig ekonomi serta bandar pintar yang dijangka akan mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan baru," katanya lagi.


Sidang media berkenaan turut dihadiri Ahli Majlis Pimpinan Pusat Datuk Halim Hussein dan Timbalan Pengerusi MPN KEADILAN Wilayah Persekutuan Onn Abu Bakar.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER