top of page

Majoriti tolak kerajaan PN: Dari manakah datangnya majoriti PM Mahiaddin?


Pelbagai tanda tanya terus menyelubungi kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebaik sahaja Perdana Menteri (PM) Mahiaddin Yassin mempersembahkan majoriti yang beliau miliki untuk mengekalkan pemerintahan kepada Yang di-Pertuan Agong, kelmarin.


Bagi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Sarawak, persoalan majoriti dan keabsahan perlu diselesaikan segera memandangkan begitu banyak parti-parti politik yang menentang Mahiaddin.


Ketua Penerangan MPN Sarawak, Abun Sui Anyit berkata, selepas Umno menarik sokongan dari pentadbiran Mahiaddin pada 3 Ogos lalu, parti Pejuang dalam satu kenyataan 4 Ogos menyatakan mereka tidak menyokong PN, begitu juga Warisan.


"Selain itu Pakatan Harapan (PH) menyatakan pendirian sama dan paling lantang bersuara bahawa Kerajaan PN bersama Ahli Kabinet perlu meletak jawatan. Seterusnya pihak pembangkang meminta agar usul Undi Percaya kepada Mahiaddin disegerakan di Parlimen.


"Kenyataan bersama juga telah dikeluarkan semua ketua dari parti pembangkang seperti Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah, Negara Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Presiden Upko, Datuk Seri Wilfred Madius Tangau, Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian, Ketua Muda Syed Saddiq Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Bebas Dr Maszlee Malik yang menolak menyokong Kerajaan PN atau PM Mahiaddin," katanya dalam satu kenyataan.


Oleh itu, MPN Sarawak mempersoalkan apakah PN mempunyai cara lain untuk mendapatkan majoriti selain melalui cara yang telah dizahirkan atau cara-cara sedia ada.


Menurut Abun lagi, kalau benar PN mempunyai sokongan majoriti seperti diperkatakan, sewajarnya PM Mahiaddin mengadakan sidang Parlimen Usul Percaya tanpa menunggu bulan September 2021.


"Atau adakah Ahli-ahli Parlimen tertentu yang menyokong beliau dalam diam atau Ahli Parlimen halimunan?


"Jika ini yang berlaku, bermakna mereka ini turut bersekongkol membenarkan segala perbuatan Mahiaddin yang selama ini termasuk mengkhianati mandat rakyat dalam PRU-14, gagal menangani Covid 19 dan Menteri yang menderhaka kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya.


Bagi Abun, sekiranya Mahiaddin memang tidak memiliki majoriti maka tibalah masanya Malaysia beralih kepada kepimpinan yang lebih berwibawa dalam menyelesaikan krisis Covid 19 dan kejatuhan ekonomi, dengan melantik Pengerusi PH sebagai Perdana Menteri ke 9.


"Jika Mahiaddin gagal di dalam Undi Percaya terhadapnya, KEADILAN Sarawak berpendirian bahawa tempoh dari kejatuhan tersebut hingga bulan Mei 2023 sepatutnya tempoh pemerintahan YB Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, jika sekiranya semua pihak menghormati atau tidak mengkhianati perjanjian Pakatan Harapan yang dipersetujui semua pihak ketika itu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page