top of page

Majoriti tipis di Bagan Datuk tunjuk berakhir era politik Zahid



Majoriti tipis kemenangan Presiden Umno Zahid Hamidi di kerusi parlimen Bagan Datuk semalam menunjukkan bahawa riwayat politik pemimpin itu telah tiba di penghujungnya.


Hal tersebut ditegaskan oleh calon Pakatan Harapan Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin malam tadi


"Saya bertanggapan majoriti tipis ini satu isyarat kepada presiden Umno bahawa beliau tidak lagi diterima oleh pengundi di sini.


"Pada saya sampai masa beliau bersara dari arena politik. Bahawa rakyat di Bagan Datuk tidak mahukan lagi beliau," katanya.


Mantan Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya itu juga terkilan kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak mahu melakukan kiraan semula kerana beliau merasakan perlu diberi keadilan kerana majoriti yang dimenangi Zahid begitu kecil.


"Saya telah pun mendesak penjelasan diberikan sebab di Bagan Datuk penjumlahan dilakukan dengan masa terlalu panjang. Banyak pengumuman dibuat di tempat lain tetapi di Bagan Datuk tidak ada pengumuman. Seingat saya jam 1 pagi baru selesai semua tong undi di bawa. Bila dikira saya lihat ada majoriti 348.


"Saya minta dikira semula kerana itu tentunya memberi keadilan kepada saya.


"Tetapi perbincangan dengan penasihat undang undang menyatakan peraturan terkini berkenaan akta pilihan raya menyatakan tidak dibenarkan," katanya.


Menurut Shamsul, beliau akan memikirkan apakah tindakan undang undang selanjutnya yang boleh dilakukan untuk keadaan tersebut.


"Saya minta, masa akan datang SPR menyediakan satu peluang untuk calon buat kiraan semula tanpa menjejaskan integriti kertas undi.


"Saya akan memikirkan tindakan seterusnya. Saya bercadang memfail petisyen di mahkamah dan melihat cadangan lain," katanya lagi.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page