top of page

Majoriti PN boleh berubah- Tun M


Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap majoriti kerusi yang tipis dalam Perikatan Nasional (PN) menjadi faktor utama kerajaan menolak usul undi tidak percaya daripada diadakan di Parlimen.


Malah beliau percaya, PN yang hanya mempunyai majoriti sebanyak 113 kerusi akan menghadapi krisis jika ada mana-mana ahli parlimen menukar pendirian mereka.


Ini boleh dibuktikan dengan pendirian Ahli Parlimen Sri Aman, Masir Kujat yang kini menyokong Pakatan Harapan (PH), sekali gus mengubah jumlah sokongan PN daripada 114 kerusi ke 113 kerusi.


"Ini kali pertama ada sebuah kerajaan mempunyai majoriti yang amat tipis. Kalau dua atau tiga ahli parlimen berpindah ke parti lawan, kerajaan ini akan jatuh.


"Dahulu kerajaan ada dua per tiga majoriti di Parlimen, sekarang cuma beberapa orang sahaja sebab itu kami percaya kalau kita dapat dedahkan kesalahan jenayah mereka, mungkin akan ada ahli parlimen dari parti kerajaan yang akan sokong kita," katanya dalam sidang media Pakatan Harapan.


Mahathir bagaimanapun mempertahankan pendiriannya yang tetap mahu mengadakan usul undi tidak percaya, walaupun kedudukan politik tidak memihak kepadanya ketika ini.


"Ada yang mengatakan kami tidak mempunyai majoriti. Soal majoriti ini bukannya ia tidak akan berubah.


"Tidak kira kalau seseorang itu rasa dia akan menang atau kalah, jika kerajaan melakukan kesalahan, kita mengharapkan akan ada ahli parlimen yang sedar dan menyokong usul untuk selamatkan negara,


"Kalau tak kemukakan usul sudah tentu tidak ada siapa tahu kenapa ia dikemukakan. Kita berhak untuk mengusulkan undi tak percaya," katanya.


Mahathir juga menolak dakwaan bahawa usul undi tidak percaya sepatutnya dilakukan dalam sesi sidang Parlimen yang seterusnya.


"Kita tidak peduli apa yang boleh dibuat kemudian. Hari ini, banyak peniaga menderita. Saya tak boleh beritahu mereka kita kena tunggu Parlimen bersidang dulu.


"Kita sendiri pun tidak tahu sama ada sidang Parlimen akan diadakan pada masa akan datang, sebab sekarang ini langsung tidak ada kebebasan bersuara," katanya.


0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page