top of page

Majoriti penduduk Kg Sungai Baru desak projek dimulakan segera

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 days ago
  • 2 min read

Penduduk Kg Sg Baru mahu projek pembangunan semula kediaman mereka dilaksanakan segera selepas
Penduduk Kg Sg Baru mahu projek pembangunan semula kediaman mereka dilaksanakan segera selepas

Majoriti pemilik rumah di Kampung Sungai Baru mendesak agar projek pembangunan semula kawasan itu dimulakan secepat mungkin.

Pengerusi Persatuan Pemilik Harta dan Kebajikan Kampung Sungai Baru, Sanita Yunus berkata, penduduk yang bersetuju dengan projek tersebut telah menunggu hampir sembilan tahun untuk melihat projek tersebut dimulakan.


"Usaha memajukannya digerakkan oleh penduduk sendiri dengan kerjasama pemaju yang dipilih secara telus.


"Penduduk yang menjalinkan usaha sama (JV) dengan pemaju mahukan pembangunan yang boleh beri keselesaan kerana kediaman kami sebelum ini amat daif.


"Jadi, projek pembangunan perlu dilaksanakan secepat mungkin kerana majoriti penduduk kampung sudah menunggu selama sembilan tahun. Di mana keadilan untuk mereka?" soalnya dipetik.

Sanita Yunus bercakap dalam sidang media
Sanita Yunus bercakap dalam sidang media

Terdahulu, Sanita bersama kumpulan penduduk berkumpul di sebuah pusat membeli-belah bagi menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap kelewatan projek tersebut.


Beliau sementara itu menegaskan bahawa majoriti penduduk juga kecewa dengan kenyataan mengelirukan dibuat segelintir pihak termasuk ahli politik dan warga maya berhubung isu pembangunan kawasan tersebut.


"Cakap-cakap negatif itu hanyalah di pihak minoriti, malah penyelesaian sudah dibuat tetapi mereka masih tidak berpuas hati dan kemudiannya mencetuskan masalah," ujarnya.


Dalam pada itu, Sanita turut menjelaskan status kawasan Kampung Sungai Baru bukan sebahagian daripada Tanah Penempatan Pertanian Melayu (MAS) seperti didakwa.


"Kampung Sungai Baru merupakan kawasan perumahan yang terletak antara Kampung Baru dan Lebuhraya Bertingkat Ampang–Kuala Lumpur (AKLEH) dibangunkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) pada awal 1970-an.


"Usaha memajukan Kampung Sungai Baru tidak wajar dikekang dan dijadikan naratif buruk seperti diperkatakan akhir-akhir ini," tambahnya.


Pada sidang media tersebut, beliau turut menyampaikan penghargaan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa atas kerjasama diberikan beliau.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page