top of page

Majlis Setiausaha Politik Kerajaan Madani mahu Radzi Jidin digantung tugas



Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani yang bermesyuarat hari ini sebulat suara mendesak Ahli Parlimen Putrajaya, Dr Radzi Jidin yang mengganggu selama 20 minit sidang Dewan Rakyat semalam digantung tugas.


Pengerusi Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, Radzi mesti dihukum kerana keengganan beliau mematuhi arahan dikeluarkan oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat sewaktu sesi penggulungan Kajian Separuh Penggal RMK-12.


"Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Datuk Johari Abdul telah pun mengikut segala prosedur yang diperuntukkan di dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat apabila Peraturan Mesyuarat 36(6) dibangkitkan berkaitan seorang ahli dewan tidak boleh membuat sangkaan jahat kepada ahli dewan yang lain.


"Beliau telah meminta YAB Perdana Menteri menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan “Pentadbiran Putrajaya” dan dimaklumkan ianya merujuk kepada pentadbiran kerajaan terdahulu. Jelas, YB Putrajaya telah tersalah sangka kononnya “Putrajaya” yang dimaksudkan adalah diri beliau.


"YDP Dewan Rakyat seterusnya telah membuat keputusan menerima penjelasan YAB PM berdasarkan Peraturan 99 iaitu Petua-petua Tuan Yang di-Pertua.


"Sekiranya masih tidak berpuas hati YB Putrajaya boleh membuat usul namun arahan Speaker Dewan Rakyat telah tidak dihiraukan oleh beliau yang telah dikuasai emosi melampau hingga hilang sopan, hancur tatasusila dan mengganggu sesi penggulungan sehingga 20 minit lamanya," kata Shamsul dalam kenyataan petang tadi.


Tegas mantan Ahli Prlimen Hang Tuah Jaya itu, tindakan ke atas Radzi sewajarnya diambil dan ianya akan menjadi pengajaran kepada Ahli ahli parlimen lain selepas ini untuk tidak mengganggu sidang yang amat penting bagi membahaskan isu isu rakyat dan negara.


"Mesyuarat Majlis Setiausaha-Setiausaha Politik Kerajaan Madani dengan ini telah membuat ketetapan untuk meminta Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, YB Datuk Seri Azalina Othman Said, memulakan segala usaha yang perlu bagi menggantung tugas Dr Radzi Jidin sebagai pengajaran kepada semua Ahli Parlimen.


"Adalah amat menjengkelkan apabila seorang bekas Menteri Kanan gagal menghayati prinsip Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan. Tindakan biadap Dr Radzi Jidin yang ditunjukkan kepada seluruh negara tidak wajar dibiar begitu sahaja," kata Shamsul lagi.


Semalam, akibat tindakan Radzi yang mahu 'menjaga maruahnya' sidang Dewan Rakyat huru hara dan berakhir dengan anggota dewan daripada kalangan pembangkang bertindak meninggalkan dewan beramai ramai.


Gangguan ke atas sidang Dewan Rakyat semakin menjadi jadi akibat sikap ekstrem wakil rakyat Pas dan Bersatu mempolitikkan setiap perkara serta kurang menghormati peraturan dewan sejak permulaan sesi persidangan Dewan Rakyat kali ke 15.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page