Majlis Presiden PH harus pertimbang semula kerjasama dengan Muda



Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor, R. Yuneswaran menggesa Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) untuk memikirkan semula kerjasama yang dijalin bersama parti Muda.


Hal itu kerana Muda telah melanggar perjanjian dan berhasrat meletakkan calon di DUN Larkin, kerusi yang dipersetujui untuk ditandingi KEADILAN.


"Tindakan parti Muda meletakkan calon di kawasan DUN PH-KEADILAN bertanding telah membuktikan parti itu hanya mementingkan agenda peribadi daripada menang bersama untuk menubuhkan Kerajaan Negeri.


"Presiden Muda juga telah membuat pusing-U secara terbuka berkenaan kenyataan media yang dikeluarkan oleh beliau sendiri pada 21 Feb 2022 di mana "Muda tidak akan bertanding di kawasan PH bertanding pada PRU14".


"Pemimpin PH harus tegas dalam soal kerjasama dengan Muda kerana mereka telah memungkiri janji pakatan pilihan raya


"Perjanjian antara parti-parti komponen PH adalah Kerusi Larkin akan ditandingi oleh KEADILAN tetapi hari ini, Muda telah mengumumkan calon untuk bertanding di sana," katanya.


Menurut Yunes lagi, beliau menjangkakan Muda akan meletakkan lebih banyak calon di kerusi ditandingi KEADILAN pada hari penamaan calon, dan mengundang tindakbalas serupa daripada PH.


"Saya yakin parti Muda akan berterusan meletakkan calon sehingga hari penamaan calon.


"Muda menggambarkan sebuah parti yang oportunis dan tidak berpegang kepada janji. Apakah Muda akan kekal setia dalam gabungan jika PH berjaya menubuhkan kerajaan?" tanyanya.


Yunes mencadangkan supaya PH kembali kepada perbincangan awal dalam pengagihan kerusi yang ditandingi oleh KEADILAN 20, AMANAH 20 dan DAP 16, sekiranya Muda berkeras mahu 'melanggar' kerusi KEADILAN.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER