top of page

Majlis Presiden PH bentuk jawatankuasa pertimbang peyertiaan MUDA, PSM



Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) yang bermesyuarat hari ini bersetuju membentuk satu jawatankuasa untuk mempertimbangkan permohonan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) serta Parti Sosialis Malaysia (PSM) sebagai ahli baharu dalam gabungan itu.


Menurut Majlis Presiden, permohonan MUDA dan PSM perlu dilihat dari sudut strategi pilihan raya dan perjuangan bersama menentang rejim BN - PN yang menindas rakyat.


"Hasrat MUDA dan PSM ini bererti parti-parti berkenaan bersedia berpegang pada prinsip-prinsip dan berada di landasan yang sama dengan Pakatan Harapan, dapat dirangkul kekuatan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15.


"Pada masa yang sama, pertembungan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan dapat dielakkan.


"Oleh itu, Majlis Presiden hari ini bersetuju membentuk satu jawatankuasa bagi mengadakan rundingan dengan pihak MUDA dan PSM," kata kenytaaan Majlis Presiden.


Kenyataan itu juga menyebut setiap parti komponen akan diwakili seorang pimpinan di dalam jawatankuasa berkenaan.


KEADILAN diwakili Naib Presiden Nik Nazmi Nik Ahmad, DAP diwakili Steven Sim Chee Keong, Mohd Hasbie Muda (AMANAH) dan Datuk Ewon Benedick (UPKO).


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu, Setiausaha Agung DAP Loke Siew Fook dan Presiden UPKO Datuk Seri Madius Tangau

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page