top of page

Majlis Perbandaran Sepang kecualikan kompaun kereta rosak banjir



Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang) akan mengecualikan kompaun ke atas mana mana kereta mangsa banjir yang diparkir tidak mengikut peraturan.


Hal itu berikutan tular di media sosial pihak pengatkuasa MPSepang mengkompaun kereta yang diletakkan di hadapan sebuah bengkel di Bandar Baru Salak Tinggi (BBST), baru baru ini.


Menurut kenyataan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Sepang, kawasan yang dikompaun pegawai MPSepang itu sebelum ini memang digunakan sebagai tempat meletak kenderaan oleh sebuah bengkel kereta berhampiran, termasuk bangkai kereta yang tidak lagi digunakan.


"Kompaun dikeluarkan kepada 51 kenderaan kecuali sebuah kenderaan jenis Perodua Myvi berwarna putih kerana dikenalpasti berlumpur dan disyaki kesan daripada banjir.


"Selain daripada itu, sebanyak tujuh buah kenderaan yang telah ditularkan turut dikompaun kerana gagal dikenalpasti sama ada kenderaan terlibat dengan banjir dan masih dilitupi embun. Tiada mana-mana pihak yang memaklumkan kepada MPSepang tentang status kenderaan yang diletakkan di kawasan tersebut.


"Sekiranya pihak MPSepang dimaklumkan status kenderaan berkenaan, sudah tentu pihak Majlis akan menggunakan budi bicara bagi membantu penempatan kenderaan yang terlibat dengan banjir dan tiada sebarang tindakan akan dikenakan kepada pemilik kenderaan," katanya dalam satu kenyataan


Sehubungan itu, pemilik kereta yang dikompaun dan tampil menunjukkan bukti mereka menghantar kereta rosak akibat banjir di bengkel tersebut akan dikecualikan dari bayaran kompaun


"Kawasan BBST ini adalah kawasan yang tidak terlibat dengan bencana banjir dan pihak MPSepang berharap perkara ini tidak dijadikan tempat longgokan kereta rosak dan terbiar.


"Tindakan mengkompaun yang dilaksanakan pada 28 Disember 2021 adalah sah dan teratur mengikut undang-undang yang telah ditetapkan.


"Kepada pemilik kenderaan yang terlibat dengan banjir dan telah dikompaun, pihak MPSepang bersedia memberi pengecualian bayaran," kata beliau lagi.


Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Undang-Undang, MPSepang ditalian 03-83190200/300 (sambungan 230/296).


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page