top of page

Majlis Perbandaran Sepang akan segera baiki runtuhan tebing

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 16, 2024
  • 1 min read


Majlis Perbandaran Sepang perlu menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan Cassia Garden Residence, Cyberjaya yang meresahkan kira-kira 1,000 penduduk sekitar kawasan berkenaan.


Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, runtuhan dengan kedalaman kira-kira lapan meter itu kini bersifat aktif dan kerja-kerja baik pulih termasuk memasang jeriji besi di kawasan itu akan bermula hari ini bagi mengelak runtuhan susulan.


Ahli Parlimen Sepang itu bagaimanapun berkata, setakat ini tiada keperluan untuk penduduk di kawasan perumahan itu berpindah ke tempat lain.


"Majlis Perbandaran Sepang dengan pemantauan KPKT akan mula buat kerja (baik pulih) hari ini, uruskan dengan kadar segera, sebab kita tengok ada runtuhan dan rekahan baharu, agak aktif, jadi tindakan kena diambil hari ini juga," katanya kepada pemberita ketika membuat lawatan ke kawasan berkenaan hari ini.


Terdahulu kira-kira 1,000 penduduk di perumahan Cassia Garden Residence dilaporkan bimbang dengan runtuhan tebing di kawasan berhampiran pintu masuk utama kawasan kediaman mereka yang dilihat berisiko mengancam nyawa.


Perumahan mewah yang menempatkan 220 unit kediaman itu mula diduduki sejak 13 tahun lepas dan runtuhan tebing yang dikesan hampir sebulan lepas itu kini telah membentuk umpama kawah sedalam lapan hingga 10 meter,

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page