Majlis penerangan DUN Kemasik perkukuh agenda Madani di T'ganu


Majlis berbuka puasa dan penerangan Malaysia Madani bersama wakil masyarakat DUN Kemasik baru baru ini telah mengukuhkan agenda masyarakat Madani di Terengganu.
Menurut KEADILAN Kemaman, penerangan KEADILAN bersama NGO Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA) itu mencatat kehadiran yang amat menggalakkan.
"Program ini dihadiri oleh pemangku Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kemaman, Abdul Aziz Omar beserta pimpinan JIWA dan juga pimpinan masyarakat sekitar DUN Kemasik.
"Program yang berlangsung di medan Mesra Mall Kertih ini memfokuskan kepada penerangan mengenai konsep Malaysia Madani kepada pimpinan masyarakat setempat.
"Ini bagi memberi gambaran tepat kepada semua lapisan masyarakat mengenai konsep Malaysia Madani. Di samping itu dengan program ini juga dapat mengeratkan lagi hubungan pihak cabang, NGO dan juga agensi kerajaan," kata kenyataan Biro Penerangan dan Komunikasi KEADILAN Kemaman tersebut.
Menurut kenyataan itu lagi, kerjasama antara agensi kerajaan, NGO serta KEADILAN cabang dalam usaha memberi kefahaman mengenai Malaysia Madani merupakan strategi yang tepat dalam mencapai objektif kerajaan menerapkan konsep baharu berkenaan dalam masyarakat.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan kehadiran Penolong Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Terengganu, Saharudin Mohd dan Pegawai Penerangan Daerah Kemaman, Mohd Fazli Yusof.




Comments