top of page

Majlis Pendidikan Negara gerakkan reformasi pendidikan secara holistik

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 5
  • 1 min read

ree

Majlis Pendidikan Negara (MPN) bakal menjadi platform inklusif untuk merangka pendekatan reformasi pendidikan yang holistik, radikal dan berani.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek Berkata, MPN akan menyelaras dasar dan pelaksanaan pendidikan merentas kementerian bermula dari peringkat prasekolah sehingga peringkat tertinggi.


"Penubuhan MPN membolehkan isu-isu pendidikan yang berbangkit diselesaikan secara tuntas dan holistik


"Ia langkah penting dalam menjamin kesinambungan dasar pendidikan negara serta meningkatkan keberkesanan pelaksanaannya di pelbagai peringkat," katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya.


Kenyataan itu menyusul selepas Mesyuarat Penyelarasan Penubuhan MPN dipengerusikan bersama oleh Fadhlina Sidek dan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di Putrajaya pada Rabu.


"Perbincangan hari ini tertumpu kepada cadangan terma rujukan, hala tuju dan gerak kerja bersepadu bagi MPN.


"Reformasi pendidikan yang radikal dan berani seperti yang dihasratkan memerlukan penglibatan menyeluruh semua pihak," tambah Fadhlina.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page