top of page

Majlis kutipan dana Ayuh Malaysia berjaya - Lee Chean Chung

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 3, 2022
  • 1 min read


Majlis kutipan dana bagi menjana gerak kerja kempen Ayuh Malaysia menjelang Pilihan Raya Umum ke 15 berjaya disempurnakan di Kuala Lumpur, malam tadi.


Menurut ADUN Semambu, Lee Chean Chung, biar pun persiapan yang dilakukan dalam masa agak suntuk namun sambutan luar biasa diraih daripada rakyat yang ingin menderma dan menyokong gerakan perubahan politik.


"Walaupun baru dua minggu membuat persiapan, tapi beribu yang hadir.


"Saya memainkan peranan sebagai moderator untuk memperkenalkan gerakan Ayuh Malaysia serta pemimpin-pemimpin seperti Rafizi Ramli, Nurul Izzah Anwar, Nik Nazmi, Chang Lih Kang, Akmal Nasir dan Manivanan Gowin," katanya.


Chean Chung berharap majlis memperkenalkan Ayuh Malaysia dan sumbangan derma berikutnya yang akan dibuat di Johor selepas ini juga dalam mood yang sama.


"Dalam situasi politik toksik dan memperbodohkan rakyat ini, kita makin memerlukan gerakan yang dari rakyat kepada rakyat. Rakyat adalah bos, rakyat adalah penentu. Menteri rasuah, rakyat tukar.


"Jumpa di Johor Bahru 7 Julai ini," katanya lagi.





Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page