top of page

Majlis iftar AMK, Pemuda Amanah Wangsa Maju jana semangat menuju PRU



Kira-kira 100 orang ahli Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Wangsa Maju dan Pemuda Amanah Wangsa Maju menganjurkan Majlis Berbuka Puasa Pemuda Pakatan Harapan (PH) Wangsa Maju di Restoran Asura, malam tadi.


Program seumpama ini, julung kali diadakan selepas hampir 2 tahun negara dikekang dengan SOP dan Perintah Kawalan Pergerakan.


Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai yang turut hadir dalam program berkenaan berkata, majlis berbuka puasa itu bukan sahaja menghidupkan suasana muhibah tetapi juga memaparkan kebersamaan Pemuda PH di Wangsa Maju.


"Kita fokus pada perpaduan, hari ini, kedua-dua pemuda tampil bersama. Ini menunjukkan kekuatan kita serta kualiti kepimpinan bagi meraih sokongan rakyat seterusnya menghadapi PRU-15.


"Saya bangga dengan komitmen dan semangat ditampilkan, khemah besar PH di Wangsa maju cukup mantap dengan KEADILAN dan AMANAH,” kata Andre.


Menurut Ketua Pemuda Amanah Nasional, Mohd Hasbie Muda, semangat melawan menuju PRU 15 perlu dimulakan dari sekarang kerana pilihan raya hanya beberapa bulan lagi.


"Kita melihat Langkah Sheraton sebagai amat teruk, tetapi sebelum 2018, lebih teruk. Apa yang penting, semangat anak muda jangan pernah hilang, dan kita harus terus lawan dan lawan," katanya.


Program tersebut turut dihadiri Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew.


Bbeliau menyeru ahli-ahli AMK dan pemuda menjadi ‘mentor’ dan memberikan panduan serta tunjuk ajar kepada golongan pengundi 18 menjelang PRU 15 nanti.


"Anda semua boleh memainkan peranan penting untuk menjangkau golongan ini. Mereka memerlukan pemimpin yang memahami isu-isu politik dan menunjukkan perspektif yang betul.


"Ekonomi masih belum pulih, ramai belia dan orang muda hilang hala tuju dalam hidup, berilah panduan pada mereka dan tunjuk ajar serta galakan. Marilah bersama-sama memperkukuhkan PH di Wangsa Maju," kata Dr Tan.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page