Majlis berbuka, sumbangan Ramadan ADN Sentosa dihadiri pelbagai kaum
- Redzuan Shamsudin
- Mar 31, 2023
- 1 min read

Majlis berbuka puasa dan sumbangan ihya Ramadan Ahli Dewan Negeri (ADN) Sentosa, Dr Gunaraj George semalam cukup bermakna dan meriah.
Menurut kenyataan Pusat Khidmat ADN Sentosa, majlis berbuka itu diserikan dengan kehadiran Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Pegawai Khas Menteri Pertanian, Azmi Jusoh.
"Malam yang cukup bermakna apabila pelbagai kaum menghadiri majlis berbuka puasa sebagai tanda menghormati rakan rakan yang beragama Islam dan satu majlis yang menunjukkan semangat perpaduan yang tinggi, hidup sebagai satu keluarga tanpa perbezaan kaum dan menghargai antara satu sama lain," kata kenyataan Pusat Khidmat ADN Sentosa.
Menurut kenyataan itu lagi, pelbagai juadah disediakan bagi semua hadirin yang terdiri daripada pimpinan parti parti komponen Pakatan Harapan, ketua ketua masyarakat, presiden dari pelbagai NGO, nazir masjid dan surau, pegawai KDEB Waste Management, pengerusi rumah ibadah bukan Islam dan guru guru dari sekolah sekitar DUN Sentosa.

Datuk Seri Shamsul bersama Dr Gunaraj kemudiannya diberi penghormatan menyampaikan sumbangan moreh serta buah kurma yang disalurkan kepada 25 kariah masjid dan surau sekitar DUN Sentosa.
Turut diberikan ialah bantuan barangan keperluan asas kepada golongan yang memerlukan. Juga sumbangan cermin mata kepada 35 pelajar yang menjalani pemeriksaan mata baru baru ini di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Tinggi Klang.
Para Pemenang Hadiah Peraduan Video TikTok Kempen Membanteras Denggi juga turut menerima hadiah pada malam itu.
Yorumlar