top of page

Majlis berbuka puasa hargai ketua ketua ranting Sg Petani

Writer: Redzuan Shamsudin
Redzuan Shamsudin
Apr 24, 2022
1 min read


Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul semalam menganjurkan acara berbuka puasa bersama ketua ketua ranting Cabang Sungai Petani.


Menurut calon Ketua Cabang Sungai Petani itu, majlis di Hotel Merilton tersebut selain menghargai jasa ketua ketua ranting juga untuk bertanya khabar dan masalah di kawasan berkenaan.


"Dalam majlis ini, saya berpeluang beramah mesra serta bertanya khabar mengenai keadaan mereka.


"Majlis diadakan bertujuan untuk menghargai jasa dan khidmat bakti yang dicurahkan oleh ketua ketua Ranting bagi memastikan KEADILAN Cabang Sungai Petani terus maju.


"Saya juga mengingatkan kepada ketua ketua Ranting mereka mempunyai tugas yang cukup besar lebih-lebih lagi bagi menghadapi pilihan raya akan datang dan memastikan KEADILAN terus kekal relevan serta menang di Sungai Petani," katanya.




Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page