top of page

Majlis bacaan Yasin, doa selamat sempena Kongres Nasional Wanita ke 17

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 22, 2023
  • 1 min read


Oleh: Noraini Nordin


Sempena Kongres Nasional Wanita Keadilan Ke-17 tahun ini, Wanita KEADILAN Pusat akan menganjurkan majlis bacaan Yasin dan doa selamat pada Jumaat, 24 November ini.


Majlis tersebut akan diadakan pada pukul 3.00 petang di kediaman rasmi Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek di Putrajaya.


Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin, doa selamat, ucapan pimpinan Wanita KEADILAN Pusat dan diakhiri dengan ucapan Fadhlina selaku Ketua Wanita KEADILAN Pusat.


Majlis bacaan Yasin dan doa selamat ini diadakan agar Kongres Nasional Wanita KEADILAN tahun ini berjalan lancar dan terhindar daripada segala kejadian yang tidak diingini.


Kongres Nasional Wanita KEADILAN tahun ini akan diadakan pada Sabtu, 25 November di PICC, Putrajaya.


Tema kongres tahun ini ialah Memaknai Reformasi, Menjulang Madani.


Bersekali dengan kongres kali ini yang bertepatan dengan genap setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri setelah mengangkat sumpah pada 24 November 2022, majlis bacaan Yasin dan doa selamat ini juga diadakan untuk memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa agar Kerajaan Perpaduan yang sedang mentadbir negara terus diberi rahmat untuk berkhidmat sebaik mungkin kepada rakyat.



Commentaires


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page