Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri KEADILAN Cabang Alor Gajah baru baru ini meriah dengan kehadiran anggota parti, pemimpin Pakatan Harapan dan penduduk setempat.
Menurut kenyataan Ketua Cabang KEADILAN Alor Gajah, Datuk Ginie Lim Siew Lin, Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari yang juga Ahli Parlimen Alor Gajah turut hadir ke majlis tersebut.
Begitu juga ADUN Durian Tunggal, YB Shanmugam, ADUN Gadek, Datuk Dr Ust Hasan Bahrom, Ketua Amanah Kawasan Alor Gajah, Ketua DAP Alor Gajah, Setiausaha Politik (Menteri Kesihatan) Napsiah Khamis, Ketua Cabang Kota Melaka Pn Mahani serta Ketua Cabang Jasin saudara Jega selaku Naib Pengerusi KEADILAN Melaka.
"Suasana sangat meriah dengan kehadiran ahli-ahli KEADILAN, pemimpin masyarakat serta penduduk dalam Parlimen Alor Gajah.
"Sebanyak 50 tiket wayang "Anwar: The Untold Story" diberikan secara percuma kepada hadirin yang berminat.
"Terima kasih kepada penaja dan Pengarah Program TKC Badrul Omar serta seluruh pimpinan Cabang, sayap Wanita dan AMK berjaya menganjurkan majlis ini," kata kenyataan itu lagi.
Comments