top of page

Majikan digalak bayar Gaji Kehidupan Wajar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Mar 31, 2022
  • 1 min read


Kos hidup yang melambung tinggi terutama di bandar bandar besar memerlukan majikan membayar gaji yang lebih baik kepada para pekerja.


Ahli Parlimen Nik Nazmi Nik Ahmad (PH - Setiawangsa) dalam pertanyaan bukan lisan dalam sidang Dewan Rakyat sesi Mac telah menimbulkan persoalan mengenai galakan kerajaan kepada majikan untuk membayar Gaji Kehidupan Wajar (living wage).


"Minta Menteri Sumber Manusia menyatakan tentang tindakan kerajaan bagi menggalakkan majikan membayar bukan sekadar gaji minimum tetapi gaji kehidupan wajar (living wage) sebagai saranan Laporan Bank Negara 2017," katanya.


Persoalan tersebut dijawab oleh Kementerian Sumber Manusia. Menurut jawapan tersebit kementerian telah melakukannya dengan beberapa cara, antaranya nmengambil langkah menggalakkan pihak pekerja berunding dengan majikan untuk menetapkan kadar gaji yang lebih tinggi daripada kadar gaji minimum


"Hal ini supaya setimpal dengan kelayakan, kemahiran serta pengalaman yang dimiliki oleh pekerja. Kadar gaji yang lebih tinggi juga boleh ditetapkan melalui kuasa pasaran yang dimuktamadkan melalui kontrak perkhidmatan dan perundingan


"Pihak majikan digalakkan membayar gaji pekerja berdasarkan produktiviti selain bayaran gaji pokok atau gaji minimum. Pendekatan seperti melaksanakan Sistem Upah Yang Dikaitkan Dengan Produktiviti (Productivity Linked Wage System [PLWS])

diperkenalkan oleh Kementerian sejak tahun 1996 mampu meningkatkan pendapatan pekerja melalui peningkatan produktiviti, malah meningkatkan daya saing syarikat kerana dapat mengekalkan kos buruh yang kompetitif," ujar kenyataan itu.


Selain cara yang dikemukakan, pihak kementerian juga, melalui jawapan itu telah menerbitkan Buku Panduan Gaji Permulaan 200 Pekerjaan Terpilih Berasaskan Kemahiran (Buku Panduan Gaji) sebagai panduan bagi majikan dan pekerja dalam merunding dan menetapkan gaji permulaan yang sesuai bagi sesuatu pekerjaan berasaskan kemahiran.


Penerbitan buku tersebut untuk mengiktiraf pekerja lepasan institusi latihan kemahiran atau universiti dan seterusnya meningkatkan penyertaan tenaga mahir dalam pasaran tenaga kerja negara

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page