top of page

MAIWP berjaya capai 100% sasaran program pembangunan ekonomi asnaf

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 38 minutes ago
  • 1 min read

ree

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) berjaya mencapai sasaran 100 peratus dalam pelaksanaan program pembangunan ekonomi asnaf untuk tahun ini.


Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar) berkata, meskipun begitu usaha penambahbaikan akan terus dipertingkatkan bagi memastikan keberhasilan jangka panjang dapat dicapai oleh para peserta program.


"Antaranya termasuk penganjuran kursus kemahiran tambahan bagi memperkukuh pengurusan perniagaan, pemasaran digital serta pengurusan kewangan. Bukan itu sahaja, kita juga menambah beberapa kemahiran baharu dalam program pembangunan ekonomi bagi memenuhi keperluan semasa,.


"Selain itu, bagi memastikan asnaf yang telah mengikuti latihan kemahiran memperoleh peluang pekerjaan, MAIWP turut melaksanakan program bimbingan lanjutan dan padanan pekerjaan bersama rakan industri dan agensi kerajaan.Antara rakan strategik yang terlibat termasuk Akademi Binaan Malaysia (ABM) dan Mara Liner Sdn. Bhd," katanya ketika menjawab pertanyaan tambahan Ahli Parlimen Datuk Mohd Isam Mohd Isa [BN - Tampin], di Dewan Rakyat hari ini.


Beliau berkata, sebagai usaha memastikan golongan asnaf yang mengikuti program pembangunan asnaf tidak berdepan situasi sama pada masa hadapan, MAIWP terus komited melaksanakan pelbagai langkah sokongan dan bimbingan kepada peserta.


Pada masa sama, program latihan semula (reskilling) dan peningkatan kemahiran (upskilling) turut diperkenalkan bagi memenuhi permintaan tinggi dalam pasaran pekerjaan semasa.


MAIWP memperuntukkan RM57 juta bagi pembangunan asnaf melalui program keusahawanan, agrotani, pendidikan, kerjaya dan kerohanian untuk membantu mereka keluar daripada kemiskinan.


Setakat ini, 479 asnaf berjaya mendapat pekerjaan, 378 dilatih dalam agrotani dan 889 dalam keusahawanan dengan sebahagiannya kini menjadi pembayar zakat.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page