top of page

Mahkamah Tinggi iktiraf hak ibu: Hapuskan diskriminasi gender


Senator Ahli Dewan Negara, Fadhlina Sidek meminta pihak kerajaan supaya tidak membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi, sebaliknya pertahankan prinsip bagi menghapuskan diskriminasi gender sekaligus menjunjung Perlembagaan Persekutuan.


Ini kerana katanya, keputusan Mahkamah Tinggi telah mengiktiraf hak ibu adalah sama di sisi undang-undang sebagaimana hak bapa dalam penentuan kerakyatan atau kewarganegaraan kanak-kanak.


"Ia adalah sebuah kejayaan perundangan yang bersejarah dalam usaha mengangkat agenda penghapusan diskriminasi gender serta menjunjung prinsip keluhuran di bawah Perlembagaan Persekutuan.


"Dalam merealisasikan penghakiman tersebut, mahkamah telah memberikan status undang-undang yang sama dalam memaknai maksud hak ibu adalah sama dengan hak bapa apabila perkataan “bapa” di dalam jadual kedua Perlembagaan Persekutuan mestilah juga membawa maksud “ibu”.


"Seiring dengan maksud tersebut, ibu yang terlibat mesti melalui semua proses undang-undang yang sama sebagaimana bapa dalam usaha mendapatkan kerakyatan/ kewarganegaraan anak-anak mereka.


"Malah mahkamah di dalam penghakimannya juga telah mengarahkan agar semua pihak-pihak berautoriti yang berkaitan dan relevan dengan urusan ini memberikan kerjasama dengan mengeluarkan dokumen yang berkaitan dengan identiti pengenalan kanak-kanak tersebut.


"Sebagai seorang ibu, saya cukup terkesan dengan keputusan Mahkamah Yang Mulia ini memandangkan ia mesti diraikan dalam pelbagai dimensi kemanusiaan dan hak asasi termasuk hak serta kebajikan kanak-kanak yang mesti diutamakan dalam semua keadaan," katanya.


Justeru, beliau yang juga Pengerusi Biro Guaman dan Pembangunan Komuniti Wanita KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri, sebagai peneraju utama kerajaan baharu untuk mengambil pendekatan tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan kes ini.


"Dan terus mengambil pendekatan meraikan sebagai polisi yang akan menjamin keutuhan institusi keluarga, hak kanak-kanak dan penghapusan diskriminasi gender dalam ruang lingkup “Keluarga Malaysia”.


"Sekalung tahniah dan penghargaan juga saya ucapkan kepada semua ibu yang telah berjuang dalam memastikan keputusan berkaitan kes ini menjadi salah satu keputusan paling bermakna dalam sejarah perundangan negara," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page