top of page

Mahkamah Keadilan Antarabangsa arah Israel hentikan genosid



Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengarahkan rejim Israel untuk menghentikan genosid atau pembunuhan beramai ramai di Palestin yang sehingga kini telah memakan korban sebanyak hampir 25,000 nyawa orang awam.


ICJ dalam keputusannya semalam menggesa negara zionis itu untuk tidak terus mengapi apikan genosid dalam peperangan di Gaza.


"Israel perlu mengambil semua langkah dalam kuasanya untuk mencegah semua tindakan termaktub dalam skop Artikel II Konvensyen Genosid," kata ketua juri dalam panel ICJ dipetik.


Majoriti panel 17 hakim Mahkamah tertinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu setuju Israel wajar mengambil langkah segera berhubung keputusan yang dikeluarkan.

Mahkamah juga memerintahkan Israel mengelak daripada melakukan sebarang tindakan yang melanggar konvensyen genosid.


ICJ turut memutuskan Israel wajib membenarkan kemasukan bantuan kemanusiaan oleh mana-mana pihak ke Gaza.


Pada 12 Januari lalu, ICJ membuka perbicaraan kes yang dibawa Afrika Selatan yang menuntut penggantungan operasi ketenteraan di Gaza dan mencegah Israel daripada terus melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.


Dalam pemfailannya, Afrika Selatan menyebut kegagalan Israel untuk menyediakan makanan, air, ubat-ubatan dan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin suatu yang melanggar undang undang antarabangsa.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page