top of page

Mahkamah arah Zuraida bayar RM10j khianat KEADILAN



Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memerintahkan Zuraida Kamaruddin membayar RM10 juta kepada KEADILAN kerana meninggalkan parti tersebut secara berpaling tadah dengan menyertai kerajaan Perikatan Nasional (PN) selepas menang kerusi Parlimen Ampang pada Pilihan Raya Umum 2018 lalu.


Mahkamah pagi ini membenarkan tuntutan bon RM10 juta daripada KEADILAN. Mahkamah mendapati bahawa Zuraida telah menandatangani bon parti sebagai syarat wajib untuk menjadi calon KEADILAN pada PRU ke 14 lalu.


Peguam KEADILAN, Navpreet Singh mengesahkan keputusan yang disampaikan oleh hakim mahkamah sivil Akhtar Tahir semasa prosiding dalam talian.


Zuraida merupakan Naib Presiden KEADILAN pada ketika beliau berkhianat dan menyertai 10 pemimpin KEADILAN yang lain menyertai kerajaan PN pada Mac 2020 lalu.

1 comment

Recent Posts

See All

1 Comment


damanasmat
Jun 23, 2023

Terbaik

Like

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page