top of page

Mahiaddin perlu letak jawatan serta merta contohi Wan Saiful



Pendakwaan ke atas Presiden Bersatu Tan Sri Mahiaddin Yassin hari ini dengan 6 pertuduhan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur seharusnya disusuli dengan peletakkan jawatan tokoh politik berusia 75 tahun itu.


Bagi Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Haziq Azfar, Mahiaddin tidak perlu berdolak dalih untuk menyerahkan nasibnya kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti memutuskan sama ada beliau perlu berundur atau tidak.


"Dalam konteks ini, konsistensi Bersatu dan PN yang kononnya paling mempertahankan integriti menuntut Presiden serta Pengerusinya untuk meletakkan jawatan dalam parti serta merta sama seperti yang dilakukan oleh anak buahnya, Wan Saiful Wan Jan yang meletak jawatan sebagai Ketua Penerangan sebaik sahaja didakwa atas pertuduhan rasuah perlu dipertahan.


"Keengganan Mahiaddin untuk meletakkan jawatan serta merta malah menggunakan dalih akan menyerahkan ketetapan terkait jawatannya kepada MPT mempamerkan sikap hipokrasi dan cakap tidak serupa bikin Bersatu, seolah-olah beliau tidak mementingkan nilai integriti seperti yang digembar gemburkan anak buahnya, Wan Saiful Wan Jan," kata Haziq dalam kenyataan hari ini.


Tambah beliau, prinsip yang ditunjukkan oleh Wan Saiful dengan melepaskan jawatan Ketua Penerangan Bersatu sehari selepas beliau didakwa seharusnya diikuti.


Tanpa melakukan hal yang serupa, katanya rakyat akan melihat pemimpin Bersatu tidak konsisten dalam mempertahankan prinsip mereka.


"Tuntasnya, hipotesis yang boleh dibuat adalah semua cakap-cakap Wan Saiful Wan Jan bahawa perlunya pemegang jawatan eksekutif dalam parti yang terlibat dengan pertuduhan rasuah di mahkamah meletakkan jawatan seperti yang dibuatnya demi mempertahankan nilai integriti cumalah cakap tidak serupa bikin.


"Prinsip itu malah menjadi cerita dongeng semata-mata tatkala Tan Sri Mahiaddin berdolak dalih soal kedudukannya sebagai Presiden Bersatu," kata Haziq lagi.


Pagi tadi bekas perdana menteri Mahiaddin Yassin didakwa atas empat pertuduhan salah guna kuasa dan dua pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan RM232.5 juta.


Empat pertuduhan salah guna kuasa, dirangka mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009, menuduh Muhyiddin menggunakan kedudukannya sebagai perdana menteri dan presiden Bersatu ketika itu untuk mendapatkan RM232.5 juta daripada tiga syarikat dan seorang individu antara 1 Mac 2020 dan Ogos 20 2021.


Tiga syarikat itu ialah Bukhary Equity Sdn Bhd, Nepturis Sdn Bhd, dan Mamfor Sdn Bhd, manakala individu terbabit ialah Azman Yusoff.


Dua pertuduhan pengubahan wang haram, yang dibentangkan di bawah Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 dibaca bersama Seksyen 87(1) Akta yang sama, menuduh ahli politik berusia 76 tahun itu menerima RM120 juta hasil daripada aktiviti haram daripada Bukhary Equity Sdn Bhd antara 25 Feb 2021 dan 8 Julai 2022.


Mahiaddin diikat jamin sebanyak RM2 juta dengan dua penjamin.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page