top of page

Mahiaddin lupa pernah kempen menangkan DAP



Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Mahiaddin Yassin disifatkan mungkin terlupa bahawa dia pernah menang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) di Parlimen Pagoh dengan undi dari penyokong DAP.


Hal itu dinyatakan Setiausaha Agung DAP, Athony Loke Siew Fook sebagai mengulas kenyataan Mahiaddin baru-baru ini kononnya gesaan supaya ahli UMNO menyokong DAP pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di 6 negeri sebagai sesuatu yang janggal selain bertentangan dasar parti Melayu itu.


"Beliau mungkin lupa... beliau dulu pun bersama dengan PH (Pakatan Harapan), sudah tentu (beliau) berkempen untuk DAP dan PH.


"Begitu juga DAP berkempen untuk beliau di kawasan (Parlimen) Pagoh, kalau bukan kerana pengundi PH memberikan undi kepada beliau, tidak mungkin beliau menang pada PRU14, atas sokongan pengundi PH juga," kata Menteri Pengangkutan itu pada sidang media di lobi Parlimen di Kuala Lumpur pada Isnin.


Sebelum ini seorang lagi pemimpin DAP menempelak sikap bingung ditunjukkan Mahiaddin Yassin itu.


Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Sheikh Umar Bagharib Ali berkata Presiden Bersatu itu pernah berkempen untuk pengundi Melayu partinya menyokong DAP.


"Dalam satu ucapan pada Januari 2018, beliau pernah memberitahu prinsip PPBM, siapa bertanding atas Pakatan Harapan, DAP, Amanah atau KEADILAN, kita sokong 100 peratus," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

0 comments

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page