top of page

Mahiaddin bankrap idea, bukan semua rakyat boleh ternak ayam sendiri



Idea Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Mahiaddin Yassin menyarankan rakyat menternak ayam penelur sebagai jawapan kepada bekalan telur yang berterusan untuk keluarga dikritik banyak pihak.


Bagi Pengarah Komunikasi KEADILAN, Lee Chean Chung, hujah Mahiaddin itu seperti 'melepas batuk di tangga' kerana bukan semua rakyat boleh menternak ayam, apatah lagi yang tinggal di kawasan perumahan.


Katanya, selepas bekalan telur pulih di pasaran Mahiaddin sepatutnya mencari isu lain sebagai modal berceramah bukan mengulang isu telur ayam.


"Bekas Perdana Menteri Mahiaddin perlu faham bukan semua rakyat mempunyai kebun ataupun halaman rumah sebesar rumah beliau yang boleh menternak 30 hingga 40 ekor ayam. Tambahan bukan semua orang boleh menternak ayam sesuka hati seperti Mahiaddin dan tidak disaman oleh pihak berkuasa tempatan.


"Hakikat bahawa Mahiaddin masih melayan isu telur menunjukkan PN sudah bankrap idea untuk membantu rakyat dan tidak ada isu lain yang boleh dimainkan," kata Chean Chung dalam kenyataan hari ini.


Dalam pada itu, Ahli Parlimen Petaling Jaya itu berkata, polisi subsidi bersasar Kerajaan Perpaduan sewajarnya menolak untuk terus memberi subsidi harga telur ayau ayam kepada orang kaya seperti Mahiaddin yang mampu menternak sendiri bekalan daging dan telur.


Selain itu, Chean Chung juga melahirkan kebimbangannya ke atas kualiti idea pemimpin PN yang hanya mampu mencadangkan rakyat menternak ayam di kebun dalam menyelesaikan masalah harga bahan makanan.


"Lebih menyedihkan, sebagai blok pembangkang yang mempunyai ramai bekas menteri-menteri dan perdana menteri, apa yang dicadangkan adalah menternak ayam sendiri di kebun.


"Sememangnya ini satu sindiran yang cuba dibuat oleh Mahiaddin kepada Kerajaan hari ini. Namun ‘telur’ yang dilontarkan oleh beliau umpama 'meludah ke langit, terkena ke muka sendiri'," katanya.


Menurut Chean Chung, krisis kekurangan telur berlaku pada waktu kerajaan PN berkuasa dan kemudian diselesaikan oleh Kerajaan Perpaduan selepas Disember 2022.


Katanya, pada awal pemerintahan Kerajaan Perpaduan, Menteri yang menangani isu telur telah mendapati kekurangan bekalan sehingga 157 juta biji telur ayam di pasaran tempatan.


"Siapa kerajaan pada masa itu (sebelum Pilihan Raya Umum November 2022)? Tidak lain tidak bukan Perikatan Nasional.


"Jika waktu itu Mahiaddin prihatin dengan rakyat, sudah tentu kerajaan boleh buat sesuatu untuk berhadapan dengan isu tersebut, dan bukan mengumpul dana bagi akaun parti beliau sahaja.


"Mahiaddin juga kena sedar bahawa keadaan cepat bertambah baik sejurus selepas Kerajaan Perpaduan mengambil alih, dan sekarang pasaran memang jarang sekali menghadapi kekurangan telur," kata Cheang Chung lagi.


Semalam ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Negeri Sembilan, Mahiaddin menyarankan rakyat menternak ayam sendiri di kebun bagi menyediakan bekalan protein kepada keluarga.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page