top of page

Mahhabah Tahun Baru Cina 2023 bina jambatan perpaduan pelbagai kaum



Perayaan Tahun Baharu Cina seharusnya disambut masyarakat berbilang kaum dengan cara tersendiri.


Bagi Ketua Cabang KEADILAN Wangsa Maju, Andre Lai, Mahhabah Tahun Baru Cina 2023 yang dianjurkan di Masjid Zaid bin Haritsah, Jalan Gombak kelmarin memberi peluang kepada masyarakat Melayu khususnya untuk saling berkenalan dengan masyarakat Cina secara penuh muhibah.


"Program ini adalah inisiatif masjid dan dianjur bersama Jawatankuasa Penduduk Kampung Sungai Mulia serta Kampung Lee Kong Chian dengan tujuan mengeratkan silaturrahim di kalangan penduduk di sekitar Jalan Gombak.


"Usaha masjid mendekati penduduk Cina dalam sambutan kebudayaan ini patut dicontohi," katanya.


Zahir Hassan (5 dari kanan), Andre (3 dari kanan) bersama pelbagai kaum menggaul Yee Sang

Dalam program itu, selain juadah pengunjung juga dihiburkan dengan tarian singa dan persembahan silat. Pengunjung bukan Islam juga diberi peluang untuk meninjau bahagian mimbar masjid dalam program itu.


Kata Andre Lai, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Zahir Hassan juga menyifatkan program Rumah Terbuka di dalam kawasan masjid itu wajar dicontohi dalam usaha merapatkan hubungan masyarakat setempat.


Menurut Andre lagi, semangat muhibbah seperti itu wajar digalakkan dalam era kerajaan Madani demi untuk menyantuni semua kaum.


"Saya membesar di kalangan masyarakat majmuk pada 1980an. Bagi definisi saya, KEADILAN untuk semua maka segala sambutan kebudayaan harus disambut bersama. Saya mengalu-alukan usaha sedemikian dalam program akan datang.


"Kebetulan program ini diadakan pada hari ke tujuh Tahun Baru Cina, yang juga dikenali sebagai Hari Manusia 人日. Menurut mitologi Cina purba, hari ini merupakan hari manusia diwujudkan dan antara hari yang paling penting dalam sambutan Tahun Baru Cina," katanya lagi.


Program tersebut turut dihadiri tetamu terhormat yang hadir dari JAWI, MPP, DBKL, ketua-ketua komuniti setempat serta Hidayah Center Foundation.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page