top of page

Mahfuz yakin PH-BN bakal ambil alih pentadbiran Kedah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 11, 2023
  • 1 min read


Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) negeri Kedah meletakkan keyakinan menewaskan Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini.

Keyakinan itu jelas Pengerusi PH negeri Datuk Mahfuz Omar adalah berdasarkan data dan statistik yang berpandukan formula 16 kerusi dewan undangan negeri (DUN) dalam tangan.


Melalui formula itu tambahnya, PH-BN hanya memerlukan tiga kerusi lagi untuk mengambil alih pentadbiran negeri.


"Kekuatan kita memang ada di bandar dan pinggir bandar, tapi apa perlu dilihat ialah perubahan sekarang sudah sampai ke luar bandar.


"Perubahan untuk orang (pengundi) rasa sudah tak dapat nak terima (PN) lagi. Mungkin mereka terpengaruh dan terpedaya seperti diungkapkan sebelum pilihan raya, mereka rasa macam bersalah undi PN dengan mempercayai sentimen ditiupkan kononnya ada ancaman kepada agama dan bangsa," katanya dipetik.


Beberapa pandangan sebelum ini menganjurkan PRN Kedah bakal menjadi medan tempur yang sengit dan mencabar antara PH-BN dan PN yang dianggotai Bersatu, Gerakan dan Pas.


Timbalan Presiden KEADILAN, Rafizi Ramli mendedahkan data setakat bulan Jun yang menunjukkan 'swing' yang diterima PN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu telah mula mereda pada kadar yang signifikan.


Selain Kedah jelasnya, saingan sengit bakal berlaku di Kelantan yang turut dikuasai PN.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page