top of page

Mahasiswa lawan rasuah, agen cetus perubahan masyarakat - Anwar



Mahasiswa yang penuh idealisme tidak ada masalah untuk membantah demi memperbaiki persekitaran mereka sekiranya berasaskan fakta.


Hal itu ditegaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab soalan pengerusi Dialog Bersama Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Se-Malaysia Dewan Annex UiTM Shah Alam, tengah hari tadi.


Namun menurut Anwar, bantahan secara demonstrasi tidaklah digalakkan pada era Kerajaan Perpaduan, ketika mahasiswa boleh menyatakan pendapat dan bertanya pelbagai perkara kepada kerajaan. Katanya, tunjuk perasaan yang beliau sertai pada era 1960an lalu adalah akibat kerajaan ketika itu menyekat semua saluran untuk mahasiswa bersuara.


"(Ketika ini) ada kebebasan kegiatan mahasiswa, kita tidak mahu kongkong.


"Begitu juga kebebasan akademik, saya tidak mahu mengongkong. Cuma ada peraturan dia. Janganlah bawa fahaman perkauman, berperang dengan kaum lain. Bawa fahaman Islam yang terlalu jumud. Kalau orang tak setuju dengan parti saya, dia masuk neraka. Islam macam itu parahlah kita.


"Ini tidak akan diizinkan. Tetapi apakah perlu saudara buat demonstrasi? Saya jawab, nak cakap, cakaplah di sini. Yang kita buat dulu (demonstrasi) sebab tak ada ruang.


"Kalau ada masalah kementerian, jemput menteri, biar dia dengar. Arahan kita sekarang ini dengar pandangan mahasiswa," katanya.


Dalam pada itu, Anwar menyelitkan nasihat agar mahasiswa yang ingin membantah agar melakukannya dengan fakta dan bukan ikut ikutan.


Beliau tidak mahu mahasiswa menjadi 'macai' atau 'walaon' yang bersetuju apa sahaja pemimpin politik mereka sebutkan tanpa memahami fakta.


Ahli Parlimen Tambun itu memberikan contoh di Dewan Rakyat baru baru ini beliau dituduh menganaktirikan negeri pembangkang seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis, sedangkan faktanya peruntukan ditambah oleh Kerajaan Perpaduan.


"Di parlimen orang bantah saya jawab. Tapi dia kata kerajaan sekarang zalim sebab menganaktirikan negeri pembangkang. Saya pegang fakta di semua negeri termasuk Terengganu, Kelantan, Perlis dan Kedah kita tambah peruntukan. Yang walaon ni, (sorak) 'ya zalim'. (Bila) kita beri fakta, dia diam sekejap.


"Ini bukan tradisi ilmu dan tradisi akliah yang dianjurkan oleh Islam. Tradisi akliah ini ialah intelektual berdasarkan fakta," katanya.


Justeru, Anwar menegaskan supaya mahasiswa dengan kemudaan, kegesitan dan idealisme mereka yang berkobar kobar agar mempunyai semangat tinggi melawan rasuah dan menjadi agen perubahan masyarakat.


"Peranan mahasiswa ini menyaring perkataan tanpa kecuali. Kalau benar, tengok fakta. Kalau betul suarakan, saya tidak ada masalah. Bantah tak ada masalah.


"Macam sekarang, belum pernah dalam sejarah kita keras dalam banteras rasuah.


"Nak selamatkan Melayu ini mesti orang Melayu pemimpin dia lurus, benci rasuah. Ini yang membangkitkan (gemilang) Kesultanan Melayu dahulu. Tidak boleh sesuatu tamadun itu bersaing kalau kita izinkan salah laku rasuah dan penyelewengan.


"Saudara ini anak muda dengan idealisme yang tinggi. Nak betulkan. Jangan ada penyelewengan. Kalau ada rasuah, lawan. Saya tak ada masalah," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page